Laman Utama
Fenomena Squid Game, Jung Ho Yeon Pegang Rekod Artis Korea Paling Ramai Pengikut Di Instagram
Jung Ho Yeon, model yang kini menjadi sensasi sebagai pelakon mencipta rekod sebagai pemilik Instagram paling ramai dalam kalangan artis Korea Selatan selepas kemunculannya dalam drama fenomena, Squid Game.
Lebih mengejutkan, Ho Yeon yang memainkan karakter Kang Sae Byeok sebelum ini hanya memiliki sekitar 400,000 pengikut di Instagram rasminya, @hoooooyeony berjaya mempengaruhi sehingga 13.1 juta pengguna media sosial untuk mengikutinya di akaun tersebut dalam tempoh kurang satu bulan.
Menerusi laporan media antarabangsa, sahabat baik Jennie Blackpink itu secara rasmi memperoleh 13.1 juta pengikut di Instagramnya pada 4 Oktober (dan sehingga artikel ini ditulis).
Pencapaian tersebut membuatkan bintang berusia 27 tahun itu menjatuhkan aktres Descendants of The Sun, Song Hye-kyo yang sebelum ini duduk di posisi pertama dengan sekitar 12.9 juta pengikut.
Ironi bukan hanya populariti Ho Yeon yang dikenali sebagai pemain nombor 067 meledak di laman sosial Instagram.
Penangan drama milik Netflix itu turut memberi kesan kepada aktor veteran Lee Jung-jae (pemain 456) dan Park Hae-soo (pemain 218( yang akhirnya membuka akaun Instagram mereka sendiri.
Dengan hanya mempunyai 3 keping foto, Instagram yang dibuka Jung jae tiga hari lalu itu di atas nama @from_jjlee tersebut sudah memiliki 1.5 juta pengikut.
Kehadiran Hae Soo dalam dunia Instagram juga mencetus fenomena apabila akaun miliknya diikuti sehingga 843,000 pengikut hanya dalam tempoh 24 jam.
Sementara itu menerusi perkembangan terkini, para pelakon Squid Game akan mengikut jejak grup terkenal K Pop, BTS apabila bakal muncul dalam acara The Tonight Show Starring Jimmy Fallon di NBC.
Portal Allkpop melaporkan mereka akan menjadi tetamu dalam acara tersebut pada 6 Oktober 2021.
Instagram: @hoooooyeony
Must-Watch Video