Malam kemuncak Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) bakal berlangsung pada malam esok dengan barisan pencalonan hebat serta kehadiran selebriti yang mengujakan.

Dalam meraikan dan menghargai bakat-bakat para karyawan dalam industri seni menerusi hasil undian peminat, malam anugerah ini juga menjadi gelanggang untuk para selebriti ini melaram dengan busana, aksesori dan solekan yang meriah.

Namun dalam ramai-ramai selebriti, sudah tentu ada mata-mata yang sudah tidak sabar menanti kelibat penyanyi berbakat besar, Aina Abdul.

Berbeza anugerah, berbeza tema, penampilan Aina yang sering kali di luar jangkaan serta luar kotak pemikiran menjadikan selebriti tersebut ‘one of a kind’.

Selari dengan solekan serta aksesori yang menyokong penampilannya, sosok Aina antara yang dinanti-nantikan di karpet merah setiap kali acara berskala besar berlangsung.

Jom semak lima penampilan unik Aina Abdul pilihan Gempak yang menjadikan wanita ini cukup unik dan tersendiri.

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)



Boleh bayangkan fesyen yang bakal disarungkan oleh pelantun lagu Sepi ini? It must be bigger and better!

Jangan lupa tonton AME2021 pada 30 Januari 2022, Ahad, 9 malam di saluran Astro Ria, Astro 4K UHD (780), Astro GO dan On Demand.