Viral
Figurin Iron Man Harga RM10K Didakwa ‘Dipecahkan’ Oleh Anak Pengunjung, Respons Pemilik Restoran Bikin Netizen Sejuk Hati
Gara-gara perbuatan seorang kanak-kanak, sebuah restoran yang terletak di Yogjakarta, Indonesia terpaksa menanggung kerugian lebih RM10,000 selepas figurin Iron Man yang diletakkan di premis itu jatuh dan pecah.
Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku di restoran aiskrim dikenali sebagai Iconic Yogjakarta.
BERITA TRENDING: Restoran Fast Food Terkenal Nak Saman Gerakan Pro-Palestin, Ini Pendapat Michael Ang
Menerusi anggaran yang dibuat netizen, figurin bersaiz gergasi itu dianggarkan bernilai 33 juta Rupiah, sekitar RM10,450.Sungguhpun insiden itu meraih kritikan ramai, namun, respons yang diberi oleh pemilik restoran memberikan rasa sejuk hati dalam kalangan netizen.
Dalam hantaran yang dibuat menerusi platform X, pemilik restoran yang dikenali sebagai Sendy Susanto berkata, segalanya telah selesai.
“Aman ya guys, tiada tuntutan ganti rugi. Jangan lupa datang semula ke Iconic Yogjakarta,” tulisnya ringkas.
BERITA TRENDING: Peniaga Selamba Berniaga Jagung Bakar Depan KLCC, Netizen Harap DBKL Buat Pantauan
Pada ruangan balasan, ramai yang memuji sikap pemilik restoran dan mendoakan Sendy dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.Sumber: Liputan6
Must-Watch Video