LAMAN UTAMA
Fikry Ibrahim & Keluarga Sedondon Tema Emerald Green, Siapa Lagi #TeamHijau?
Pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim bersama keluarga sepakat untuk memakai baju raya tema hijau zamrud untuk digayakan lebaran ini.
Telah menyiapkan persiaran raya lebih awal dari tahun-tahun sebelumnya, Fikry menyambut Aidilfitri kali ini bersama keluarga di Kedah.
“Ibu saya yang belikan kain warna hijau jadi saya rancang nak guna tema warna hijau zamrud.
“Bulan Ramadan kali ni saya banyak aktiviti dan bekerja jadi sebab tu saya awalkan segala persiapan raya," jelasnya ketika ditemui di majlis tayangan perdana Program Raya Astro 2019.
Empat rancangan yang dijayakan Fikry bakal ditayangkan di Astro Syawal ini, antaranya Cinta Overhaul Aidilfitri, Cik Reen Encik Ngok Ngek Raya serta Arena Panggang edisi raya.
"Raya tahun ni saya cuti lama sikit. Saya teruja nak tonton program raya sebab tahun inilah saya banyak terlibat dalam rancangan raya.
“Alhamdulillah, tahun ini raya saya dan keluarga sama seperti tahun sebelumnya, sama macam tagline Raya Astro, sempurna seadanya," katanya.
Must-Watch Video