gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ajai Kongsi Keadaan Terbaharu Mamat, Doa Semakin Sihat Di Pengasih- “Kami Simpan Dia Untuk…”
RANCANGAN
GMW Giveaway: LaLaLa Festival 2025
RANCANGAN
GMW Giveaway: Konsert Insomniacks – Echoes of a Dream
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Lagu Istimewa Hadiah Buat Peminat, Ini Janji Anuar Zain Untuk Konsert Empat Live In Kuala Lumpur - “Keutamaan Saya Adalah…”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
30/06/2025
03:55 MYT
Sponsor Banner
Lagu Istimewa Hadiah Buat Peminat, Ini Janji Anuar Zain Untuk Konsert Empat Live In Kuala Lumpur - “Keutamaan Saya Adalah…”
Bakal mengadakan Konsert Empat Live In Kuala Lumpur pada Oktober, penyanyi Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel bakal menghadiahkan lagu baharu buat peminat.
Menjanjikan memori indah sepanjang konsert yang kali pertama menggabungkan mereka, Anuar berkata single yang mendapat sentuhan Edry Abdul Halim itu akan dilancarkan, Ogos.
"Edry adalah penulis lagu dan pengarah muzik bijak. Saya pernah bekerja dengannya untuk rakaman lagu Sedetik Lebih. Tidak dapat disangkal dia penyusun muzik terbaik.
"Ketika berjumpa Edry, Rabu lalu, dia beri kami dua pilihan lagu. Kami tertarik dengan salah satu daripada lagu ciptaannya yang 'menangkap' jiwa.
“Tidak bercakap banyak, kami berempat terus bersetuju sebaik lagu berkenaan diperdengarkan. Edry bertanya pendapat dalam aspek pilihan lagu dan susunan muzik yang kami mahukan.
“Dia pemuzik bijak dan tahu karakter kami berempat. Itu lebih bagus dan memudahkan kami dari mula hingga akhir," katanya.
Dalam pada itu, Anuar turut memberitahu proses adunan lagu dilakukan Edry di Manchester, United Kingdom (UK) kerana lebih selesa bekerja di ruang kerja sendiri.
Berbicara mengenai Konsert Empat Live In Kuala Lumpur 2025, Anuar berharap kolaborasi itu dapat diabadikan sebagai legasi dan sejarah keluarga serta menjadi suatu jenama.
Penyanyi lagu Bila Resah itu juga berharap konsert itu bakal menghangatkan Mega Star Arena, Bukit Bintang, Kuala Lumpur sebagai acara yang diperkatakan dan dikenang peminat.
Sehubungan itu, kata Anuar, pemilihan lagu dibuat dengan teliti malah, sebagai penganjur, iaitu Anuar Zain Network dan Altus ProHouse, dia tidak berkompromi dengan sistem bunyi pada malam bersejarah itu nanti.
"Keutamaan saya adalah sistem bunyi. Kalau ada vokal yang baik dan pakaian yang cantik, tetapi, sistem bunyi lebih kurang kerana hendak kejar untung lebih, saya takut perkara itu akan mengganggu fikiran saya berbulan-bulan.
"Bagi saya, konsert perlukan sistem bunyi terbaik. Saya mahu apabila persembahan kami dimuat naik dalam media sosial, peminat boleh dengar dengan jelas muzik dan nyanyian kami.
"Walaupun peminat tidak tahu mengenai sistem bunyi, saya bertanggungjawab kerana mereka mengeluarkan duit yang banyak untuk datang ke konsert kami. Jadi, kami mahu mereka pulang dengan perasaan puas," katanya.
Topic Berkaitan
#Syamel
#Anuar Zain
#Ziana Zain
#Ernie Zakri
#Konsert Empat Live In Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement