HIBURAN

Fikry Ibrahim Pertahan Isteri, Mohon Henti Sebar Komen Negatif - “Saya Lelaki, Dah Biasa..."

Mya Amri 20/06/2025 | 08:55 MYT
Pelawak dan pengacara, Fikry Ibrahim memohon agar masyarakat menghentikan sebarang komen negatif terhadap isterinya, Siti Khalizah Alihan di platform media sosial.

Henti kecaman terhadap isteri

Menurut Fikry, meskipun dirinya tidak kisah menjadi sasaran kecaman, namun dia berharap agar isterinya tidak terus dihujani komen yang tidak wajar, terutama di platform seperti Instagram dan TikTok.

“Kepada anda di rumah saya mohon sangat, kalau komen-komen negatif janganlah di Instagram atau TikTok isteri saya,” ujarnya.

Fikry berkongsi perkara itu dalam sebuah program hiburan pada Khamis.

Sayang isteri

Tambah Fikry lagi, mereka berdua masih menjalani kehidupan seperti biasa dan tetap menyayangi isterinya.

“Dekat saya tak apa. Saya lelaki, dah biasa, kami menjalankan kehidupan seperti biasa, saya sayang isteri saya.

“Jadi saya harap sangat janganlah sebarkan komen-komen yang tak patut,” tegasnya.
Terdahulu, pada Khamis, peguam syarie, mewakili Khalizah iaitu Wan Muhammad Afiq Mohd Razib memaklumkan anak guamnya memfailkan perceraian ekoran tiada persefahaman.
Wan Muhammad Afiq turut memberitahu prosiding akan bersambung pada 10 September depan untuk memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk perdamaian.

ARTIKEL BERKAITAN:Peguam Nafi Isteri Fikry Ibrahim Tarik Balik Permohonan Cerai - “Sebenarnya Kalau Ia Ditarik Semula, Maka Tiada Tarikh Tangguhan”

ARTIKEL BERKAITAN:Lepas Kecoh Isu Didakwa Fail Cerai, Isteri Fikry Ibrahim ‘Upload’ Foto Pegang Tangan - “Terima Kasih Kepada Yang…”

ARTIKEL BERKAITAN:Masih Saling Mencintai, Isteri Fikry Ibrahim Hadir Ke Mahkamah Untuk Tarik Kes Cerai - “Macamlah Kalian Pula Yang Duduk Dengan Kami”

ARTIKEL BERKAITAN:4 Bulan Kahwin, Isteri Fikry Ibrahim Fail Cerai

ARTIKEL BERKAITAN:Fikry Ibrahim Lebih Matang Lepas Berkahwin - "Dulu Fikir Diri Sendiri Je, Sekarang Nak Jalan Laju Pun Ingat Isteri Di Belakang"

Bagaimanapun, Fikry mendakwa isterinya, Siti Khalizah Alihan hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi menarik balik permohonan cerai, yang difailkan pada Mei.
Fikry mempertahankan rumah tangga bersama Siti Khalizah yang dinikahi pada 12 Januari lalu, bahagia, malah, mereka saling sayang-menyayangi.
#cerai #Isteri #Mahkamah #Fikry Ibrahim #Khalizah Alihan