gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Isu Diserang Penyanyi Legenda, Shila Amzah Tampil Mohon Maaf Sebab...
HIBURAN
Andy Teh Besarkan 3 Anak Yatim Melayu
HIBURAN
Aisha Retno Nafi Lagu 'Tak Adil' Tiru Happier Than Ever - “Kalau Kita Dengar Balik Kedua-Duanya Sangat…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Masih Saling Mencintai, Isteri Fikry Ibrahim Hadir Ke Mahkamah Untuk Tarik Kes Cerai - “Macamlah Kalian Pula Yang Duduk Dengan Kami”

Mya Amri
Mya Amri
19/06/2025
14:34 MYT
Sponsor Banner
Masih Saling Mencintai, Isteri Fikry Ibrahim Hadir Ke Mahkamah Untuk Tarik Kes Cerai - “Macamlah Kalian Pula Yang Duduk Dengan Kami”
Pelawak dan pengacara, Fikry Ibrahim akhirnya tampil memberikan penjelasan berkenaan dakwan pergolakkan rumah tangga sehingga menyebabkan isterinya, Siti Khalizah Alihan bertindak memfailkan cerai terhadapnya pada Mei lalu.
Menurut Fikry, dia dan isterinya saling mencintai dan hubungan mereka juga masih berada keadaan baik
“Saya menidakkan sama sekali, saya dan isteri saling mencintai, tiada istilah paksa berkahwin, kami mencintai diri masing-masing dan berkahwin atas dasar cinta yang ikhlas.
“Lepas itu saya juga ada baca yang isteri saya tidak gembira kerana duduk dengan mak saya. Macamlah kalian pula yang duduk dengan kami.
“Isteri saya ikut saya ke mana sahaja saya pergi. Kadang kala dia ikut saya pergi Kuala Lumpur, kalau balik ke Kedah dia juga ikut,” ujarnya.
Fikry berkongsi perkara itu dalam sebuah program hiburan pada Khamis.
Dalam pada itu, Fikry turut menjelaskan kehadiran isterinya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Khamis adalah untuk menarik semula tuntutan perceraian yang difailkan.
“Hakikatnya pagi tadi, isteri saya datang ke mahkamah adalah untuk menarik semula kes. Mahkamah minta tangguh ke satu tarikh kerana tidak mahu seperti mempermainkan mahkamah.
“Tak ada apa masalah, biasalah kita manusia, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Saya faham, tiada masalah.
“Bagi saya, selagi mana saya sebagai suami mengambil tanggungjawab daripada keluarga, saya berjanji dan bersumpah kepada keluarga untuk menjaga isteri saya dengan baik.
“Dan selagi mana saya mampu, saya akan mempertahankan keluarga saya,” jelasnya.
Pada Khamis, Siti Khalizah hadir untuk prosiding pertama kes perceraian namun mahkamah terpaksa menetapkan satu tarikh baharu iaitu pada 10 September susulan ketidakhadiran Fikry.
Pasangan itu selamat bernikah pada 12 Januari lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Kedah dan ini merupakan perkahwinan kedua untuk Siti Khalizah.
Topic Berkaitan
#cerai
#Mahkamah
#Fikry Ibrahim
#Tarik Kes Cerai
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement