HIBURAN
Fila Kongsi Detik Bersalin, Sempat Makan Aiskrim - “Tiba-Tiba Air Apa Keluar Ni? Kejut Suami, Terus Ke Emergency…”
Pempengaruh, Fila Amir berkongsi ketika melahirkan anak perempuannya.
Rancang bersalin normal
Menerusi video pendek yang dimuat naik akaun Instagram miliknya, Fila atau nama sebenarnya Nur Afilah Amir Rusdi memaklumkan pada awalnya merancang untuk bersalin secara normal namun hasrat itu tidak diteruskan.“Jadi rancang nak czer pada 16 Mei, jadi dah siap pergi booking bilik dan semuanya pada 16 Mei. Balik, teruja nak tunggu tarikh itu sambil fikir adalah dua tiga hari lagi nak buat apa yang patut,” kongsinya.“Pagi selasa 13 Mei pergi check up sambil bincang dengan doktor nak czer ke normal. Awalnya rancang nak normal, tapi hujung-hujung buat keputusan czer sahajalah.
ARTIKEL BERKAITAN:Berkat Kesabaran Lima Tahun Menanti, Fila Amir, Suami Syukur Dapat Baby Girl - “Kami Akhirnya Menjadi Papa & Mama”
ARTIKEL BERKAITAN:Fila Kongsi Gelagat Comel Suami Tak Percaya Ada ‘Dua Line’ Dekat Prengnancy Test - “Dia Sanggup Ke Farmasi Balik, Tu Pun Tak Puas Hati…”
ARTIKEL BERKAITAN:Dilabel Pilih Lelaki Asal Boleh, Sekali Fila Jawab - “Suami Saya Tak Merokok, Fasih Tujuh Bahasa, Belajar Sampai Master”
ARTIKEL BERKAITAN:"Saya Ingat Saya Akan Meninggal, Kepala Nak Meletup, Dada Sesak..." - Dahlia Rizal Kongsi Pengalaman Bersalin, Sakit Ambil Epidural
ARTIKEL BERKAITAN:Atikah Suhaime Kongsi Detik ‘Meneran’ Waktu Bersalin - “Hampir Putus Asa, Saya Ingat Lyla Mulan Tak Boleh Keluar”
Sempat makan aiskrim sebelum bersalin
Berkongsi lanjut mengenai kelahiran anaknya, Fila berkata dia melalui detik cemas apabila air ketubannya pecah namun tiada tanda-tanda untuk bersalin.“Alhamdulillah kita hanya mampu merancang, tapi perancangan Allah itu lebih baik,” tulisnya.“Malamnya pukul 12 lebih sempat makan aiskrim, lepas tu tiba-tiba air apa keluar ni. Kejut suami, terus ke kecemasan.“Ketuban dah pecah tapi contraction tak ada, laluan pun belum buka. Doktor cakap kena teruskan dengan emergency czer.
Berikut merupakan perkongsian penuh Fila:
Terdahulu, Fila selamat melahirkan cahaya mata pada 15 Mei lalu.
Difahamkan sebelum ini, Fila telah menjalani proses persenyawaan in vitro (IVF) sejak lima tahun lalu.
Kedua-dua Fila dan suaminya,Muhammad Adama Camara terbuka berkongsi cabaran dalam menjalani rawatan kesuburan dan antaranya adalah tiub fallopio yang terpaksa dibuang.
Must-Watch Video