Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Filem Abang Adik Wakili Malaysia Ke Oscar

Amri Hassan
04/10/2024 00:06 MYT
Filem Abang Adik dipilih mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa, Anugerah Akademi Ke-97 pada Mac tahun depan.

BERITA TRENDING: "Bukan Nak Bagi Orang Menangis" - Mainan Emosi 'Abang Adik', Metafora Babak Pecahkan Telur Di Dahi!

Menerusi kenyataan dikeluarkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), pemilihan karya sentuhan sutradara Jin Ong itu hasil beberapa siri penilaian Jawatankuasa Pemilihan Filem (JKPF) FINAS yang terdiri daripada barisan profesional dalam bidang perfileman dan pematuhan syarat penyertaan ditetapkan oleh penganjur.

"Filem terbitan More Entertainments Sdn Bhd ini merangkul 19 anugerah antarabangsa, sekali gus satu pencapaian yang membuktikan filem Malaysia mampu bersaing dan menyerlah di peringkat global.

"Antara pencapaian tertinggi adalah Anugerah Filem Terbaik, Festival Filem Asia New York (Uncaged Competition Ke-22) dan merangkul Golden Mulberry, Black Dragon Critics Award serta White Mulberry Award untuk Filem Cereka Terbaik di Far East Film Festival Ke-25 di Udine, Itali.

"Di peringkat tempatan, filem ini mencatatkan kemenangan di Malaysia Global Golden Awards (MGGA) 2024 dengan meraih trofi Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik," kata kenyataan itu.

BERITA TRENDING: Abang Adik Kutip RM5.2 Juta Di Malaysia, RM13.5 Juta Di Taiwan!

BERITA TRENDING: Filem Malaysia Abang Adik Box Office Di Taiwan, Kutip RM6.5 Juta

FINAS berkata, karya berkenan turut mencatatkan kejayaan luar biasa di China dengan kutipan pawagam mencecah RM2.2 juta sehingga 30 September lalu selepas mula ditayangkan sejak 21 September lalu.

Abang Adik mencetus fenomena tahun lalu dengan kutipan pecah panggung RM14.6 juta di Taiwan dan RM1.55 juta di Hong Kong, menjadikannya filem Malaysia pertama yang mencatatkan rekod tayangan tertinggi.

Di Malaysia, filem Abang Adik turut mencatat kutipan RM5.7 juta ketika ditayangkan pada Disember tahun lalu.

Abang Adik menceritakan kehidupan dua anak yatim piatu lakonan Jack Tan dan pelakon dari Taiwan, Wu Kang Ren.

Mereka hidup tanpa dokumen dan tinggal di Pudu, Kuala Lumpur iaitu kawasan yang terkenal dengan pasar basah.

#Viral #Filem #Oscar #Abang Adik #Jack Tan #Kang Wu Ren
;