Hiburan
Filem ‘Avengers: Endgame’ Akan Ditayangkan Kembali Di Pawagam, Kali Ini Dengan End Credit!
Marvel Studios mengejutkan peminat apabila akan menayangkan kembali ‘Avengers: Endgame’ dalam versi ada end credit di pawagam.
Memetik laporan Screenrant, perkara itu disahkan sendiri oleh Kevin Feige yang merupakan produser serta presiden Marvel Studios.
Hal ini sebagai salah satu strategi Marvel untuk menambah jumlah kutipan tayangan ‘Endgame’.
Walaupun filem ini berjaya membuat kutipan USD1.2 bilion pada minggu pertama tayangan, saingan daripada filem-filem hebat lain seperti ‘John Wick 3’ menyebabkan Endgame masih tidak dapat ‘mengalahkan’ filem ‘Avatar’.
Menurut Feige lagi, versi terbaru ‘Endgame’ bakal berada di pawagam pada 28 Jun.
Namun, tidak dipastikan sama ada ia akan ditayangkan di seluruh dunia atau hanya di Amerika Syarikat.
Malam tadi pihak TGV Cinemas berkongsi sedikit gambaran bahawa kemungkinan versi terbaru ‘Endgame’ ini akan turut memasuki Malaysia.
Bilakah tarikhnya akan bermula, pastinya ramai yang akan teruja dan kembali ke pawagam untuk menonton versi ‘Endgame’ dengan end credit ini.
Must-Watch Video