Filem Chowrasta Diiktiraf Malaysia Book of Records
Ahmad Shah
02/12/2015 10:38 MYT
02/12/2015 10:38 MYT
Filem biografi A. Razak Mohaideen yang diinspirasikan dari kisah benar Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sahol Hamid Abu Bakar mendapat pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records.
Filem tersebut yang diadaptasi daripada buku semi biografi bercorak Mencorak Destini tulisan Sahol Hamid diiktiraf Malaysia Book of Records selepas berjaya mencatat jumlah penonton paling ramai iaitu 4,416 penonton semasa tayangan perdana pada awal Jun lalu.
Filem terbitan bersama FiTA Studios Sdn.Bhd. dan Nation Film Studio Sdn.Bhd. ini menceritakan derita, sisi hitam dan pengalaman hidup Hamid ketika muda dan bagaimana dia membina masa depan yang gemilang menerusi Institut Teknologi Mara (ITM) ketika itu.
Mungkin ramai yang tidak tahu sejarah hidup Sahol Hamid, sebelum dia diangkat sebagai antara tokoh akademik berpengaruh di Malaysia.
Menerusi filem ini nanti, jerih-perih dan kepayahan seorang anak melayu mengejar cita-cita dan mengubah nasib dirinya dapat dilihat dan bakal memberi inspirasi kepada para penontonnya.
Menariknya, Razak Mohaideen bijak mengembangkan watak Hamid yang dibawa pelakon baru, Chem Amar.
Filem yang berlatar belakang tahun 60an dan 70an ini juga sarat adegan penuh aksi, romantis dan elemen komedi sebagai formula utama bagi menarik minat khalayak menghayati apa yang cuba disampaikan menerusi filem ini.
Yang paling utama, filem ini mengangkat perjuangan dan perjalanan hidup seorang lelaku mengubah nasib hidup anak bangsanya.
Bukan sesuatu yang mudah untuk mengangkat kisah benar menjadikan filem, lebih-lebih lagi melibatkan tokoh ternama, namun Razak Mohaideen berjaya menggarapnya dengan baik.
Chowrasta akan mula ditayangkan di panggung wayang seluruh Malaysia bermula 3 Disember ini.
Filem ini membariskan pelakon popular tanah air seperti Datuk Rosyam Nor, Nora Danish, Fauzi Nawawi, Wan Hanafi Su dan Aminah Rhapor.