Filem Penunggang Agama terus mencetus fenemona tersendiri kerana masih berada di carta pertama dalam Top 5 Astro First.

Masih belum terlambat bagi penonton setia filem arahan Syafiq Yusof yang ingin menonton di saluran 480.

Jalan cerita filem genre seram thriller dengan elemen islamik ini terus mendapat pujian kerana mengetengahkan isu Penunggang Agama yang hangat diperkatakan di serata platform.

"Bagus cerita ini highlight pasal golongan Penunggang Agama supaya kita boleh kenal ciri-ciri orang yang macam ini.

"Direct message senang nak faham," kata seorang penonton yang dikenali dengan nama Anis Sahidin.

Tambahnya, kejayaan filem Penunggang Agama ini juga disebabkan hasil gabungan pelakon hebat dalam satu skrin.

Antara barisan aktor dan aktres adalah Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Nasir Bilal Khan, Sabrina Ali, Salina Saibi, Datuk Jalaludin Hassan, adik Puteri Nurqaseh dan Johan As'ari.

"Ditambah lagi dengan lakonan pelakon-pelakon hebat. Berbaloi untuk ditonton. Tak rugi pun beli," katanya lagi.



Penunggang Agama mengisahkan tentang Amir dan Anna, pasangan suami isteri berdepan dengan cabaran getir kerana ibu tiri Amir, Datin Maria telah mengalami ‘gangguan makhluk halus’. Dato Hafsyam, iaitu ayah Amir mengambil keputusan untuk medapatkan khidmat seorang ‘pakar ruqyah’ bernama Tok Haji.

Namun, Amir dan Anna tidak mempercayai Tok Haji dan menasihati Dato Hafsyam untuk tidak lagi menggunakan khidmat Tok Haji. Anna merasakan Tok Haji sebenarnya adalah seorang bomoh yang bertopengkan agama Islam, manakala Dato Hafsyam pula merasakan isterinya disantau oleh ahli keluarganya sendiri.

Pada masa yang sama, isteri dan anak perempuan kecil Amir diganggu oleh makhluk halus hingga kerasukan. Teka-teki bermula dalam plot penceritaan untuk mencari siapakah penunggang agama yang sebenar.

BACA: Sebab Syafiq Yusof, Zul Ariffin Cakap Yes Untuk Filem Penunggang Agama - "Saya Percaya Dengan Cara Kerja Dia"

Bagi anda yang belum menonton, jangan lupa saksikan Penunggang Agama yang kini sudah berada di pawagam rumah anda, Astro First.

Untuk melanggan sila ke saluran 480, juga boleh strim di Astro GO atau On Demand.

Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton naskah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.

BACA: Pernah Jumpa Orang Macam Tok Haji, Syafiq Yusof Bawa Kisah Benar Dalam Filem Penunggang Agama - "Saya Nak Tunjukkan Inilah Realiti ..."