Filem seram Indonesia, Qodrat bakal menghantui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai esok.

Filem aksi seram keagamaan Indonesia yang diarahkan oleh Charles Gozali itu telah pun berjaya menggegarkan negera sebarang berkenaan sejak 27 Oktober lalu.

Kini giliran Malaysia menyaksikan sebuah naskah hebat yang dibintangi oleh pelakon ternama Indonesia seperti Randy Pangalila, Vino G. Bastian, Marsha Timothy dan Maudy Effrosina.

Siapakah sebenarnya pelakon-pelakon hebat ini? Berikut sedikit profil mereka bagi yang tidak mengenalinya.

Vino G. Bastian


Vino G. Bastian dilahirkan di Jakarta, 24 Mac 1982. Peranan Ustaz Qodrat adalah seorang lelaki berketurunan Minangkabau, yang juga anak bongsu kepada novelis Indonesia Bastian Tito.

Membuat debut skrin besarnya menerusi 30 Days of Looking for Love (2004), Vino telah bermain dalam lebih daripada 40 filem. Pemenang Piala Citra FFI 2008 ini berkahwin dengan Marsha Timothy pada 2012 dan dikurniakan seorang anak, Jizzy Pearl Bastian.

Marsha Timothy

Marsha Timothy memegang watak Yasmin dalam filem Qodrat. Aktres kelahiran Jakarta, 8 Januari 1979 ini mula memasuki dunia hiburan pada 2005 sebagai model klip video dan pemain sinetron.

Langkah Marsha dalam industri perfileman bermula pada 2006, dengan filem Ekspedisi Madewa. Sehingga kini, pemenang Piala Citra FFI 2018 telah berlakon dalam 28 buah filem.

Randy Pangalila

Siapa yang tak kenal Randy Pangalila di Malaysia Namanya mula dikenali selepas membintangi drama di Astro Ria Dalam Hati Ada Taman pada tahun 2012.

Namun di Indonesia, Namanya meningkat naik menerusi sinetron Cinta Fitri (2007). Randy Pangalila merupakan pelakon kelahiran Surabaya, 19 Oktober 1990. Lelaki berdarah Minahasa ini pertama kali berlakon dalam sebuah filem pada 2008, bersaing berlakon dengan Cinta Laura dalam Oh Baby.

Potensinya di layar lebar semakin berkembang selepas memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Bandung 2018. Suami Chelsey Frank juga aktif sebagai pelakon sinetron. Dalam Qodrat, Randy memainkan watak Zafar.

Maudy Effrosina

Dikenali sebagai pemain FTV, Maudy memulakan kariernya dengan menyertai acara Abang None 2014. Sejak 2017, dia menjadi tetap di FTV. Di Qodrat, wanita yang dilahirkan pada 17 November 1995 ini memegang watak Asha.

Filem yang dipersembahkan oleh Astro Shaw Sdn. Bhd., Magma Films & Rapi Studios. Ini mengisahkan tentang Qodrat seorang ulama yang kampungnya masih belum bebas daripada ancaman syaitan.

Salah seorang anak penduduk bernama Jihan dirasuk oleh kejahatan syaitan. Syaitan yang sebenarnya mengejar Qodrat dan mengatakan bahawa akan ada lagi yang lebih jahat dan lebih kuat makhluk yang akan menghancurkan manusia.

Apa yang syaitan mahukan sebenarnya? Bolehkah Qodrat membebaskan orang kampungnya dari ancaman syaitan laknat? Saksikan Qodrat di pawagam bermula 24 November ini!