Malam tadi menyaksikan busker dan artis kebudayaan, Khairul Nizam telah diumumkan sebagai juara All Together Now Malaysia musim kedua (ATNM2).

Khairul Nizam yang mesra dengan panggilan Kroll itu telah berjaya membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai bernilai RM50,000.

Pada pusingan pertama Kroll mendapat 100 markah hasil daripada undian 50 juri yang berpuas hati dan bangun dengan persembahannya.

Bagaimanapun Kroll dinobatkan juara selepas undian kali kedua oleh 50 juri kerana markahnya pada pusingian Sing-Off iaitu 94 markah seri sama dengan Jasper.

Manakala Lazarul terpaksa akur pulang begitu sahaja apabila mendapat markah terendah di pusingan Sing-Off iaitu sebanyak 72 markah sahaja.

Pentas akhir ATNM2 menampilkan 16 peserta yang berjaya dari konsert lapan minggu sebelum ini untuk berentap untuk merebut gelaran juara.

Berikut merupakan recap untuk markah penuh dan komen juri-juri di pentas akhir ATNM2:

#1 RANIESHA- 86 markah
Lagu: IT’S A MAN’S MAN’S MAN’S WORLD – JAMES BROWN
Komen juri, Jaclyn Victor: This is an amazing performance!

#2 NADEERA – 90 markah
Lagu: TERLALU ISTIMEWA – ADIBAH NOOR
Komen juri, Syafinaz: Kamu tekan minyak terlalu banyak, menghayati ibu bagus tetapi perlu tahu control supaya tidak menangis ketika menyanyi

#3 P.O.V – 16 markah
Lagu: UKIRAN JIWA – AWIE
Komen juri, Shashic : tekan untuk semangat, tau kamu dua struggle

#4 MALA – 10 markah
Lagu: CAMAR YANG PULANG – AISHAH
Komen juri, Falyq :sedap didengari

#5 ZAZLEEN – 88 markah
Lagu: VALERIE
Komen juri, Syafinaz: You are not a slave to the stage, the stage is a slave to you!

#6 FANZI RUJI- 30 markah
Lagu: INTO THE UNKNOWN – PANIC AT THE DISCO
Komen juri, AMIR MASDI:it was a very hard song to deliver tapi awak berjaya!

#7 SYERA – 32 markah
Lagu: BAGAIKAN SAKTI – SITI NURHALIZA
Komen juri, DR RAM: I suka cara presentation you

#8 ZAM – 52 markah
Lagu: NOUR EL SHAMS/PANAH ASMARA
Komen juri, ALI MASDO :Pada saya untuk nilai RM50,000 kena lagi umph!

#9 MAZRYN MAYSA – 28 markah
Lagu: SEMAKIN – SITI SARAH
Komen juri, KHAI BAHAR:awak nyanyi dengan cara tersendiri, voice control sangat baik, walaupun lagu sedih tetap nampak manis

#10 JESPER – 94 markah
Lagu: CAN WE TALK- TEVIN CAMPBELL
Komen juri, AZNIL HJ NAWAWI: Awak memang buktikan yang awak mahu enjoy dengan persembahan malam ini!

#11 ELCORO ENSEMBLE – 32 markah
Lagu: RUN THE WORLD – BEYONCE)
Komen juri, Syafinaz: Mungkin expectation saya sangat tinggi sebab haritu korang bagus

#12 ELLIZA SUEZINA- 18 markah
Lagu: HATI YANG KAU SAKITI – ROSSA
Komen juri, ARA : awak macam tak bagi 100% mala mini

#13 KROLL -100 markah
Lagu: BUNGA ANGKASA- TERRAROSA
Komen juri, JOEY: Saya rasa persembahan awak berharga RM50,000

#14 DAYAH -26 markah
Lagu: DIALAH DIHATI- SITI NURHALIZA
Komen juri, IFA : Lagu ini memang susah dan awak buat lagi menyusahkan diri

#15 LAZARUL – 98 markah
Lagu: DI MANA KAN KU CARI GANTI -P.RAMLEE
Komen juri, THANUJA: You have a voice of an angel

#16 : EVIE FEROZA – 60 markah
Lagu: WHEN YOU BELIEVE – MARIAH CAREY & WHITNEY HOUSTAN
Komen juri, Syafinaz: Sedap sangat bunyinya Cuma penghayatan awak tak sampai pada saya

ATNM2 mempersembahkan barisan juri yang popular dan terkenal dengan mengetengahkan 13 muka juri baharu termasuk Datuk Aznil Hj. Nawawi, Ajai, Rozita Che Wan, Shila Amzah, Nikki Palikat, Marsha Milan, Reshmonu, Vince Chong serta ramai lagi.

Datuk Syafinaz Selamat pula menggalas tugasan sebagai Kapten Juri. Manakala pengacara bubbly dan bertenaga, Sherry Alhadad adalah hos yang mengemudi ATNM2.