Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"First Time Aaisyah Demam & Warded" - Masuk Hospital, Peminat Doakan Anak Che Ta Lekas Sembuh

Kamaruddin Razal 21/10/2018 | 21:38 MYT
Anak kepada pasangan pelakon Zain Saidin dan Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana dimasukkan ke sebuah hospital di Damansara akibat demam.
Berita tersebut dihebahkan menerusi sebuah entri terbaru yang dimuat naik di laman Instagram Aaisyah, @aaisyahdhiarana111.
"Dah nak dekat 4 tahun, first time Aaisyah demam dan warded. Doakan Aaisyah cepat sembuh ok," tulis keterangan di ruangan kapsyen.

Dah nk dekat 4 thn , 1st time aaisyah demam dan warded .. doa kan aaisyah cepat sembuh ok ? . #aaisyahdhiarana #20oct2018 #kpjdamansara

A post shared by AAISYAH DHIA RANA (@aaisyahdhiarana111) on

Rata-rata peminat dan pengikut laman Instagram Aaisyah meninggalkan komen positif dan mendoakan agar Aaisyah segera sembuh.
Ada juga segelintir peminat yang memuji kecomelan Aaisyah walaupun sedang demam.
Selepas Zain dan Rozita bernikah pada 11 Disember 2013, mereka menerima kehadiran Aaisyah yang dilahirkan pada 1 November 2014.
Foto: Instagram Aaisyah / IG Stories Che Ta
#pelakon #Aaisyah Dhia Rana #Rozita Che Wan #Pelakon
;