“First Time Boleh Jalan Masa Tu Umur 8 Bulan”-Nukilan Menyentuh Hati Hairul Azreen Buat Anaknya

Mya Amri
November 5, 2018 10:30 MYT
Pelakon filem PASKAL, Hairul Azreen telah berkongsi satu nukilan menyentuh hati khas buat anak sulungnya, Yusuf Iskandar.
Nukilan tersebut dimuat naik oleh Hairul beserta dengan video pendek Yusuf di akaun Instagramnya semalam.
Menerusi nukilan tersebut, Hairul mengimbas kembali kenangan ketika Yusuf baru sahaja boleh berjalan.
“Hari ini Yusuf 2 tahun 5 bulan, daddy nak cerita yang Yusuf pertama kali boleh berjalan masa tu berumur 8 bulan pun di Japan.
“Dan sekarang Yusuf sangat suka berjalan kaki dari pagi sampai malam tak kira kita pergi Disneyland ke Disney sea ke move next negeri ke Yusuf tetap tak nak naik stroller.
“Kaki Yusuf sangat kuat, (daddy pulak mcm nak naik stroller). Tapi cuma bila nak tidur je Yusuf perlukan stroller,” tulisnya.
Dalam nukilan itu juga, Hairul berharap Yusuf bakal menjadi seorang abang yang bertanggungjawab dan mampu melindungi ibu dan juga adiknya.
“Alhamdulillah lepas ni InsyaAllah Yusuf akan dapat adik, jadi abang yang baik boleh jaga mommy dan adik dengan baik.
“Sebab Yusuf anak lelaki yang pertama tanggungjawab sangat tinggi. InsyaAllah Yusuf boleh pikul tanggungjwb ini. The Best Never Rest Son. -Amin-
“By the way, saya tahu ada yang di luar sana selalu doakan yang baik-baik untuk keluarga saya. Terima kasih banyak-banyak,” coretnya.
Coretan suami kepada pelakon Hanis Zalikha itu jelas menunjukkan betapa dalamnya kasih sayang seorang ayah kepada anak-anaknya.
Sehingga kini video tersebut telah mendapat lebih 400,000 ‘likes’ selain dihujani dengan ucapan-ucapan peminat yang mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga.
Foto: Instagram @hairulazreen / @theyusufiskandar
#pelakon #Hairul Azreen #Pelakon #Yusuf Iskandar