Berita
“First Time Rasa Happy Walaupun Berat Naik Bagai Dipam!”- Ika Nabella
Pelakon Ika Nabella mendedahkan berat badannya naik mendadak meskipun baru hamil dalam trimester pertama.
Namun menurut Ika, ini pertama kali dia rasa sangat gembira apabila berat badannya naik.
“48kg to 54kg muka pun dah besar pinggan.
“You naik berapa kilo time pregnant? Total..? Lepas deliver turun berapa kilo?
“Tapi kan 1st time I rasa happy sangat walaupun berat naik bagai dipam pam,” tulisnya.
Ika berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut dia memuat naik video menunjukkan wajah terbarunya yang semakin berisi.
Rata-rata pengikutnya memberitahu ia perkara yang normal jika berat badan naik banyak ketika hamil.
Malah ramai yang mendoakan agar proses hamil dan bersalinnya kelak dipermudahkan.
Ika dan suami, Muhammad Zaid, mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016 selepas berkenalan hampir lima tahun.