Hiburan

“First Time Tengok Kakak Marah Betul Sama Adik” – Adira Kongsi Ragam Anak Bila Bergaduh

gempak
Mya Amri
23/07/2019
09:47 MYT
Sponsor Banner
“First Time Tengok Kakak Marah Betul Sama Adik” – Adira Kongsi Ragam Anak Bila Bergaduh
Penyanyi Adira Suhaimi berkongsi ragam dua anaknya, Anggrek dan Asan sewaktu mereka bertelagah.
Adira menerusi akaun Instagramnya telah memuat naik sepotong video pendek yang merakamkan gelagat anak-anaknya.
“Lagi kana marah lagi dia buat tak tahu, orang tu lagi sakit hati la. First time tengok kakak dia marah betul sama adik dia... Anak -anak,” tulisnya.
Selepas video tersebut, Adira juga telah memuat naik satu lagi entri terbaru yang menunjukkan Anggrek dan Asan telah berbaik.
“Semalam gaduh. Hari ni jadi bff balik @anggrek_asan muka kakak dia macam terpaksa jer!!!” tulisnya.
Terdahulu, Adira merupakan isteri kedua Datuk Red dan pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Anggrek pada 10 Mac 2017 dan Asan pada 9 September 2018
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live