Baru-baru ini tular mengenai berita seorang pelakon putih gebu yang menayangkan kemewahan di laman sosial dipercayai terlibat dengan jenayah cuci wang haram.

Berita tersebut mula tersebut di laman sosial sehingga ada segelintir netizen yang cuba berteka-teki malah memetik nama pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Langit itu memuat naik status di aplikasi X seakan-akan menjawab semula tuduhan fitnah terhadapnya.

“Berhati-hatilah dalam berkata, kerana mulut badan binasa. Langsung bicara, terus menuduh, fitnah itu lebih berdosa dari membunuh,” tulis Daiyan.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir netizen yang berani memetik nama Daiyan tanpa usul periksa.

Terdahulu, tular berita di laman sosial mengenai seorang pelakon wanita diburu Bank Negara kerana terlibat dengan jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Tambahan pula, aktres yang mempunyai kulit putih gebu itu juga didakwa sering menunjukkan gaya hidup mewah di akaun sosial medianya.

BACA SINI: Sokong Palestin, Daiyan Trisha Tak Kisah Hubungan Dengan Jenama...