,
Sukan

Fitness Coach Lehaosem Tak Kisah Dilabel Mulut Lahar! - "Lantaklah, Bebel Saya Tu Tanda Sayang"

Gempak
08/08/2024
03:55 MYT
"Bila nak mula?," demikian ayat sempoi yang menularkan nama jurulatih kecergasan, Lehaosem di media sosial sejak kebelakangan ini.
Ayat sempoi itu juga menjadikan Saleha Aziziah Mohamed Aris atau lebih popular dipanggil 'Lehaosem' kian dikenali.
BERITA TRENDING: Hafiz Mahamad Tampil Beri Penjelasan Video
BERITA TRENDING: Influencer Dedah Suami Paksa Tidur & Mandi Bersama
Namun tidak semua yang menyenangi sikap wanita tinggi lampai ini tatkala mengeluarkan kata-kata yang disifatkan mempunyai 'bermulut puaka'. Tidak kurang ada yang memberi gelaran 'minah over.'

"Mungkin ada beberapa video saya yang bebelkan itu agak pedas, sinis sehingga terasa dekat hati. Saya rasa dalam banyak-banyak video atau komen itu kalau ada yang negatif itu saya ambil sebagai pengajaran untuk saya 'improve'kan pada masa akan datang.

"Saya mengajar dan bebel kepada semua acik-acik yang saya mengajar macam contoh kalau nampak di belakang ini sebenarnya mereka ini datang bercerita dengan saya..so dalam masa yang sama saya bagi feedback tu saya tak cakap lembutlah itu jadi bebel panjang tu.
"Sebenarnya macam mak-mak bebel dekat kita. Bebel tu tanda sayang dekat kita bukan nak marah," katanya kepada Gempak.
BERITA TRENDING: Syedot Asmr Mohon Maaf Tapi ‘Off Komen’, Liana Beep
BERITA TRENDING: Pertarungan ‘Gila’, Lee Chong Wei Anggap Aaron Chia

Tidak peduli kecaman ramai

Saleha tidak peduli dengan kecaman ramai, baginya lebih baik fokus kepada hal yang positif dan pekakkan telinga untuk hal yang menjejaskan kesihatan mental.
Kata Lehaosem, sebenarnya slogan itu adalah bagi mengajak lebih ramai wanita untuk memulakan aktiviti kecergasan.
Apa yang dilihatnya, kebanyakan wanita ingin hasil yang cepat tetapi sering bertangguh untuk memulakan langkah pertama.
Beliau berkata, sifatnya yang 'hati kering' menjadikan dia kini berjaya membantu ramai wanita sedar kepentingan bersukan.
Lehaosem yang merupakan bekas atlet olahraga dan mempunyai ijazah dalam jurusan sains sukan Universiti Teknologi MARA (UiTM)) dan pernah mewakili negeri untuk Sukan Malaysia (SUKMA).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

REDLINE Fitness Games Kini Kembali, Norman Hakim & Danish Antara Peserta Bakal Berentap!

gempak
09/07/2024
18:25 MYT
Selepas mencipta kejayaan tahun lalu, REDLINE Fitness Games sekali lagi bakal memberikan pengalaman yang lebih menggembirakan buat peminat kecergasan menerusi semangat pertandingan.
Viral

Isu Jurujual Kutuk Rakan Sekerja, 'Si Pengutuk' Ambil Tindakan Undang-Undang? - "Dia Yang Cabar, Sekarang Nak Main ..."

gempak
30/06/2024
05:55 MYT
Tular sebelum ini, sepotong video memaparkan dua wanita didakwa sedang memperlekehkan bekas rakan sekerjanya ketika membuat siaran langsung di TikTok.
Hiburan

Kongsi Gambar Cium Mulut Dengan Suami, Shima Anuar Jawab Kecaman Netizen

gempak
09/04/2024
09:55 MYT
Shima Anuar dikritik netizen kongsi gambar cium mulut dengan suami di Instagram.
Viral

Muka Dihina Macam Alien, Lelaki Henyak & Ludah Wanita Ini!

gempak
08/04/2024
23:25 MYT
“Kerana mulut, badan binasa,” itulah peribahasa sesuai untuk menggambarkan situasi seorang wanita yang dipukul dan diludahi akibat menghina rupa paras seorang lelaki. Menerusi video berdurasi 30 saat yang tular di media sosial, kejadian yang berlaku di Indonesia itu memaparkan wanita berkenaan teruk dibelasah selepas didakwa menyamakan wajah lela
Hiburan

Sempoi! Netizen Puji Majlis Nikah Farah Lee & Fuad - "Make Up Simple, Kasut Sneakers, Wajah Pun Iras"

gempak
07/01/2024
06:50 MYT
Majlis pernikahan Farah Lee dan suami, Fuad yang juga jurulatih horseriding pada 5 Januari lalu mendapat pujian warganet.