,
Laman Utama

Fitri Haris Disenarai Antara Individu Paling Berjaya Di Malaysia Oleh Ensiklopedia BritishPedia, Semak Balik Kehebatan Penyanyi Nasyid UNIC Ini!

Amri Hassan
27/08/2022
07:53 MYT
Kejayaan dan pencapaian yang diraih penyanyi nasyid, Fitri Haris selama ini mendapat perhatian positif apabila disenaraikan antara individu paling berjaya di Malaysia (Successful People in Malaysia) melalui buku ensiklopedia BritishPedia Edisi ke-4 bagi tahun 2022, terbitan British Publishing House, United Kingdom.
Usahawan pelbagai bidang dan juga penyanyi nasyid UNIC ini berkata, pengiktirafan sebagai Successful People in Malaysia memuatkan biografi personaliti-personaliti dan tokoh-tokoh yang berjaya serta memberi sumbangan kepada masyarakat dalam bidang dan kepakaran masing-masing.
"Penghargaan ini amat bermakna buat saya kerana meletakkan saya sebaris tokoh-tokoh ternama penerima sebelumnya seperti Tun Dr. Mahathir, Tan Sri Quek Leng Chan dan juga Tan Sri Tony Fernandes.
"Prosesnya bukan mudah kerana saya perlu menjalani temubual tiga bulan lepas untuk pastikan kesahihan maklumat.
"Bila mereka dah kaji latar belakang dan pencapaian, barulah 'entitle' dapat 'certificate' dan dimasukkan dalam ensiklopedia. Saya baru dapat sijil ini. Prosesnya sangat rapi dan profesional.
"Ini adalah pengiktirafan ketiga saya dalam tempoh dua tahun setelah menerima ASEAN Inspiring Awards 2021 di Surabaya, Indonesia dan Top Young CEO 2021 di Kuala Lumpur," katanya.
Pengiktirafan ‘Successful People In Malaysia 2022’ yang akan dimuatkan di dalam Ensiklopedia Britishpedia 2022 akan dilancarkan pada akhir tahun ini dan boleh didapati di perpustakaan-perpustakaan seluruh Malaysia dan beberapa negara di dunia seperti Singapura, Jerman, Slovakia, Austria, Czech Republic, Hungary dan Poland.

Kronologi kejayaan Fitri Haris

Untuk rekod, pada 2015, penyanyi nasyid ini menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di University of Nottingham, United Kingdom dalam bidang Musicology.
Menerusi usahanya yang mengambil masa selama empat tahun, Fitri berjaya melepasi sesi Viva Voce PhD iaitu sesi pembentangan dengan panel mengenai kajian yang dibuat dan lulus dengan suntingan minor.
Pada 10 Disember 2019, beliau secara rasmi bergelar Dr. Fitri Haris apabila ke United Kingdom (UK) untuk menghadiri majlis konvokesyen di universiti terbabit.
Lebih manis apabila Fitri, 37, ditemani oleh kedua ibu bapa pada hari bersejarahnya sebagai penerima ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang muzik Islamik.

Fitri Haris pensyarah UUM

Tidak terhenti setakat itu, juara Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) yang juga pensyarah kanan di Universiti Utara Malaysia (UUM) ini turut berkecimpung dalam bidang perniagaan apabila memiliki sebuah klinik di bawah pengurusan Megaklinik Zahran di Taman Putra Ampang, yang dikongsi bersama isterinya pada September tahun lalu. Fitri berkata, tanpa disedari pengalaman lebih 20 tahun bergelar anak seni, ahli perniagaan, pegawai penyelidik, perunding perniagaan, pemasaran, media dan akademik telah melayakkannya menerima pengiktirafan tersebut.
Selain bergelar ahli akademik di UUM, Fitri juga menjadi ikon akademik untuk beberapa organisasi kemasyarakatan di Malaysia seperti Peduli Insan Malaysia dan Muslim Volunteer Malaysia.
Beliau tidak membataskan pembabitannya pada satu bidang sahaja apabila turut serta dalam bantuan misi kemanusiaan di Lebanon buat pelarian Syria, mangsa banjir di Malaysia dan banyak lagi.
Dalam bidang akademik, Fitri terbabit untuk kajian muzik Islam melalui modul ‘This is Nasyid’ hasil kerjasama bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Restoran Fitri Haris luar negara

Penglibatan Fitri dalam pelbagai jenis perniagaan bersama isterinya menyaksikan mereka kini mempunyai cawangan restoran Amazing Thai di Nottingham, United Kingdom, butik pakaian kelengkapan haji dan umrah di bawah penjenamaan Haqqi dan Al-Mukarramah, pemaju perumahan rezab Melayu di bawah syarikat Yanimas Jaya Sdn. Bhd.
Fitri juga menjadi perunding media di beberapa syarikat dan organisasi di Malaysia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Tom Holand Sah Kembali Jadi Spider-Man: “Saya Tidak Sabar”

gempak
24/10/2024
03:45 MYT
Tom Holand akhirnya mengesahkan akan kembali bermain dalam saga ke empat Marvel yang cukup ikonik dengan dirinya, Spider-Man.
Hiburan

"Saya Sendiri Rasai Pengalaman" - Ella Puji Rawatan Hormon Skyhill Clinic, Tak Mustahil Diiktiraf Malaysia Book Of Records!

gempak
23/10/2024
18:30 MYT
Penyanyi Ella berkongsi pengalamannya menjaga dan melakukan rawatan hormon di Skyhill Clinic sejak beberapa tahun lalu.
Viral

Dibayar RM60, Dibelasah Jika Tolak Melacur! Imigresen Selamatkan 7 Wanita Dari 'Kapten' Bangladesh

gempak
23/10/2024
15:25 MYT
Imigresen menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki dipukul jika enggan melacur, dalam serbuan di sebuah premis kedai dua tingkat di Klang, Isnin lalu.
Viral

Influencer Buka Cerita Peluk Islam - "Bila Tengok Kawan Solat, Ambil Wuduk, Saya Lebih Tertarik"

gempak
23/10/2024
14:02 MYT
"Saya tak pernah menyangka akan memeluk Islam lebih-lebih lagi dalam usia muda tapi bersyukur kerana Allah SWT buka hati untuk terima hidayahNya."
Viral

Buat Hal! Pelancong China Lastik Haiwan Di Zoo, Netizen Panas Hati

gempak
23/10/2024
13:25 MYT
Seorang pelancong China menerima kecaman orang ramai kerana melastik seekor badak air popular dalam kejadian di sebuah zoo di Thailand, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
BorakSeeni