Siapa yang tidak mengenali dengan guru tari terkenal Linda Jasmine. Mereka yang pernah mengikuti rancangan realiti Akademi Fantasia (AF) satu ketika dulu pasti terbiasa dengan jeritan "Five! Six! Seven! Eight!" yang sering dilaungkan ketika dia mengajar gerak tari.

Linda Jasmine juga dipilih sebagai juri untuk program Dansa Dan Sing yang baru sahaja tamat siarannya. Namun buat seorang suami, sokongan terhadap isterinya itu tak pernah putus.

Dalam satu entri di Instagramnya, pelakon terkenal Que Haidar memuat naik video pendek isterinya menari di program Dansa Dan Sing, dan meluahkan rasa bangga melihat isterinya di atas pentas.

"Real Queen. 5,6,7,8. Dia akan memasuki usia 48 tahun pada tahun ini, tapi dia masih mempunyainya. Bangga dengan you Yayang," tulis Que dalam Bahasa Inggeris.

Real Queen, 5,6,7,8.. She’s gonna turn to 48 years old this year but she’s still got it! proud of you Yayang ?❤️

A post shared by Tengku Iskhan Shah Tg. Haidar (@the_haidars) on


Que Haidar atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar berkahwin dengan Linda Jasmine pada tahun 2010 dan dikurniakan dengan dua orang cahaya mata perempuan, Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra.

Linda pula melalui perkahwinan sebelum ini mempunyai seorang anak lelaki Qalif Khan.