Hiburan

Fizi Ali Nangis Tak Dapat Jalankan Tanggungjawab Untuk Jaga Ameena

gempak
Zulaikha Yusof
24/08/2020
01:25 MYT
Sponsor Banner
Fizi Ali Nangis Tak Dapat Jalankan Tanggungjawab Untuk Jaga Ameena
Penyampai radio Fizi Ali, 31, berasa terkilan kerana tidak dapat menunaikan janjinya kepada aktres Shakilla Khoriri untuk menjaga anak mereka, Ameena Sofia sepanjang isterinya berada di Melaka atas urusan kerja.
Disebabkan itu, Fizi menangis kerana terpaksa memendam perasaan rindu terhadap Ameena sehingga dia sihat sepenuhnya.
"Perasaan tu datang secara tiba-tiba. Pertama kali saya masuk hospital, kebetulan pulak Killa outstation. Dia takda untuk teman saya di sini.
"Kalau boleh Ameena pun saya nak ada sekali. Tapi disebabkan dia berisiko tinggi untuk terkena penyakit, saya tak benarkan.
"Itu yang sayu sangat. Bila pasal anak ni susah nak cakap. Selalunya seorang bapa memang dia susah sikit nak menangis.
"Tapi bila tak tahan sangat pendam rasa rindu terus tak sengaja nangis," katanya ketika dihubungi Gempak.
Dalam pada itu, pemilik nama Mohd Hafizudin Alimudin menyatakan dia sudah dibenarkan keluar dari hospital hari ini.
Namun, dia masih belum membuat keputusan sama ada akan terus mengambil Ameena dari rumah mertuanya atau tunggu sehingga dia pulih.
"Saya sekarang dalam proses penyembuhan. Saya fikir macam nak tunggu sihat sepenuhnya baru ambil Ameena dari rumah mertua.
"Tapi bila dah sampai rumah nanti mesti rindu Ameena. Lagipun itu adalah tanggungjawab saya sepanjang Killa tak ada.
"Tapi takut juga saya tak boleh nak urus dan jaga dia. Kita tengok dulu macam mana," katanya lagi.
Sebelum ini, Fizi telah dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Damansara, Petaling Jaya selepas mengalami demam panas.
Pada Jumaat lalu, Fizi terpaksa melakukan pembedahan minor bagi membuang bisul di bahagian pehanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live