Hiburan

Fizo Omar Bangga Isteri Berjaya Genggam 1st Class Degree Dalam Bidang Pendidikan, Kagum Pengorbanan Belajar Sambil Mengandung - “You Did It & Prove It”

gempak
Khairil Khusyairi
25/11/2024
05:50 MYT
Sponsor Banner
Fizo Omar Bangga Isteri Berjaya Genggam 1st Class Degree Dalam Bidang Pendidikan, Kagum Pengorbanan Belajar Sambil Mengandung - “You Did It & Prove It”
Pengacara dan usahawan Fizo Omar meluahkan rasa bangga apabile isterinya, Fazeera Nazri berjaya menggenggam ijazah sarjana muda dalam pendidikan kelas pertama baru-baru ini.

Ijazah Kelas Pertama

Menerusi muat naik di Instagram (IG), Fizo berkongsi momen dia bersama ibunya hadir ke majlis konvokesyen sebuah universiti swasta tempatan bagi memberi sokongan kepada Fazeera.

“Congrats to you my love on your convocation day. You did it and prove it.

“All the best for your next journey in Master,” tulis Fizo gembira.

Kagum Pengorbanan Belajar Sambil Bekerja, Mengandung

Dalam pada itu, Fizo turut mengagumi segala pengorbanan isterinya itu demi mencari ilmu.

“Im the witness, how struggle she is to complete her degree in education.

“Persue her study sebelum kahwin lagi sejak 2021, selepas kahwin terus rezeki dapat anak.

“Habis je pantang, terus mengandung anak kedua dan sambil pantang jaga anak kecil.

“Dalam masa sama bekerja, dengan assignmentnya, kelas, exam back to back, berjaya dapat 1st class degree,” kongsi Fizo.
Sekadar info, Fizo dan Fazeera telah melangsungkan perkahwinan pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.
Fizo sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Lalui ‘Bad Day’, Ini Cara Fizo Omar Pujuk - “Apa Yang Dia Buat Sangat Amazing”

ARTIKEL BERKAITAN: “Bapa Terbaik, Meleleh Air Mata..” - Video Fizo Omar Surprise Anak Bikin Netizen Sebak

ARTIKEL BERKAITAN: “Memang Darjat Ibu Kena Tinggikan Daripada Sesiapa Pun” - Fizo Omar

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Pengikut Media Sosial Kurang Senang Dengan Mentua, Isteri Fizo Berpendapat – “Masuk Saja Alam Perkahwinan, Kita Tiada Pilihan”

ARTIKEL BERKAITAN: "Sebelum Ini Saya Rasa Saya Hebat, Famous... Sebenarnya Saya Salah" - Fizo Omar

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024