Terkini
“Bapa Terbaik, Meleleh Air Mata..” - Video Fizo Omar Surprise Anak Bikin Netizen Sebak
Sepotong video memaparkan momen manis pelakon, Fizo Omar melawat anak perempuannya, Wan Maryam di sekolah berjaya mendapat perhatian netizen baru-baru ini.
Fizo buat kejutan lawat Maryam
Menerusi perkongsian di akaun TikTok nya, dapat dilihat Fizo membuat kejutan dengan melawat anaknya yang berusia 8 tahun itu di sekolah.
“Bila daddy rindukan anaknya, datang buat surprise kat Maryam. Nak tunggu turn lama sangat, jadi Abang Joe (Fizo) datang je lawat Maryam kat sekolah. Dapat lah jumpa dia kejap,” tulisnya pada video tersebut.
Dalam pada itu, Fizo turut memaklumkan bahawa dia akan singgah melawat anaknya itu setiap kali bekerja di kawasan berhampiran sekolah anaknya.
“Setiap kali Abe Joe ada kerja kat area school Maryam, memang akan singgah sekejap jenguk dia. Dari jauh pun jadilah,” tulisnya lagi.
Komen netizen
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa sebak apabila melihat momen anak-beranak itu.
“Meleleh-leleh air mata acik, syukur ada ayah ada anak, kasih sayang setinggi gunung.
“Vlog fizo yang ni paling sedih,terbaik pijo,masyaallah comel maryam.
“Bapa terbaik, penceraian, bukan alasan untuk,abaikn tanggungjawab dan kasih sayang,” komen beberapa netizen.
Untuk info, Fizo sebelum ini pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Wan Maryam yang kini berusia enam tahun.
Kini, Fizo telah berkahwin dengan Fazeera Nazri pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.
Berita Trending: Fatimah Omar Mukhlis The Family UK Dimasukkan Ke Hospital Kerana…
Berita Trending: Abang Tesla Tanya, Kenal Marissa Atau Tidak? Ini…
Must-Watch Video