Hari Raya Aidilfitri bakal diraikan oleh semua umat Islam di seluruh dunia dalam beberapa hari sahaja lagi.

Oleh kerana ia merupakan hari yang istimewa buat umat Islam, kedatangan hari raya selalunya disambut dengan pelbagai dekorasi seperti pemasangan lampu yang menghidupkan lagi suasana Aidilfitri.

Flat Meriah Dengan Lampu Raya

Itulah yang dapat dilihat menerusi satu hantaran tular baru-baru ini, di mana sebuah flat dimeriahkan dengan pemasangan lampu warna-warni sempena lebaran yang berjaya mencuri tumpuan warganet.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Dapat Pujian Warganet

Entri berikut dibanjiri pujian warganet di mana majoriti menyifatkan penghuni-penghuni di flat tersebut hidup dalam harmoni dan bersepakat dalam menjayakan hiasan berkenaan.

“Wah muafakat sungguh satu blok ni, bestnya, meriah lain macam,”

“Mantap ukhwah rumah flat ni,”

“Ya Allah meriah, ini kalau aku setiap pintu aku masuk,”

“Mesti harmoni dan sepakat, syok duduk dengan jiran-jiran macam ni.”

Sekadar info, difahamkan flat tersebut terletak di Kampung Melayu, Pulau Pinang.

BERITA TRENDING:Kecoh Bila Kereta Audi Rentung Di Kawasan Perumahan Menjelang Syawal… Apa Sebabnya?

BERITA TRENDING: Akibat Pakai Jubah Warna Hitam Berkilat, Baju Raya Pemuda Ini Disamakan Dengan Plastik Sampah!

Sumber: Instagram