HIBURAN
Anak-Anak Terheret Dengan Isu Keluarga, Shahida Mohon Maaf - “Apabila Perkara Ini Berlaku Pasti Akan…”
Isteri kepada usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida tampil memberi kenyataan apabila ada pihak yang beranggapan anak-anak tidak sepatutnya terlalu menonjol dalam masalah keluarga yang sedang hangat diperkataan.
Menurut Shahida atau nama sebenarnya Nor Shahida Mohd Rashid, setiap masalah yang berlaku dalam sesebuah keluarga pasti memberi kesan kepada semua ahli keluarga, termasuk anak-anak.
“Anak ini dia tetap sebahagian daripada keluarga, jadi apabila perkara ini berlaku tidak kira siapa anak ke, adik ke pasti akan terkesan juga.
“Mereka masih budak-budak jadi bila ada komen daripada netizen pastinya mereka melayan.
Benda itu baru buat mereka, jadi ia ibarat satu pengalaman,” ujarnya.
Bagaimanapun, Shahida turut memohon maaf sekiranya terdapat sebarang tindakan atau kenyataan anak-anaknya yang mungkin telah menyinggung perasaan mana-mana pihak.
“Jika dia ada lakukan kesilapan sehingga membuatkan orang tersinggung saya minta maaf,” katanya.
Terdahulu, pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al Islam, meluahkan rasa kurang senang apabila melihat anak-anak kepada Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida turut terheret dalam isu tersebut.
Bagaimanapun, Rebecca meletakkan keyakinan bahawa ibu bapa pasti akan memainkan peranan untuk menegur dan membimbing anak-anak mereka dengan sebaiknya.
Must-Watch Video