gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Juara Milik Didie Shazry, Bawa Pulang Wang Tunai RM30,000
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Lepasi Pusingan Pertama, Hariz Fayahet, Keka, Rayme, Zuana, Didie Shazry Berjaya ‘Debut’ Dengan Lagu Baharu
VIRAL
Bercerai, Pasangan Berebut Hak 29 Ekor Ayam
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Fokus Berlakon, Bukan Bererti Saya Lupakan Bidang Nyanyian - Anas Ridzuan

Rozaimi Zubaidi
Rozaimi Zubaidi
22/12/2017
04:21 MYT
Sponsor Banner
Fokus Berlakon, Bukan Bererti Saya Lupakan Bidang Nyanyian - Anas Ridzuan
Pelakon dan penyampai radio, Anas Ridzuan mengakui kini sedang memberi fokus dalam bidang lakonan berbanding nyanyian.
Menurut Anas, 28, dia tidak pernah melupakan bidang nyanyian kerana itu merupakan permulaannya dalam industri hiburan tempatan sebagai penyanyi.
"Permulaan saya dalam industri adalah sebagai penyanyi selepas menyertai program Mentor musim keenam.
"Alhamdulillah sejak daripada itu saya mula mendapat banyak tawaran lakonan berbanding nyanyian.
"Malah ada juga orang tawar saya jadi pengacara dan kemudian rezeki sebagai penyampai radio pula datang.
"Namun, saya tak pernah lupakan nyanyian kerana ini merupakan hobi dan minat saya sejak dahulu lagi," katanya kepada Astro Gempak.
Anas berkata demikian ketika ditemui pada majlis Pelancaran Filem Busker, di Bentley Music, Mutiara Damansara, baru-baru ini.
Selain Anas, filem Busker turut dibintangi oleh Hafeez Mikail, Daiyan Trisha, Bulan dan Mas Khan.
Filem arahan Syed Khairul Fariz ini bakal ditayangkan dipawagam bermula 11 Januari 2018.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
#pelakon
#Penyanyi
#Pelakon
#Penyanyi
#Busker
#Anas Ridzuan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement