Penjaga gol Kuala Lumpur (KL) City, Kevin Mendoza mencuri perhatian ramai dengan aksi cemerlang menentang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini malam tadi.

Menerusi laman sosial Twitter, bukan sahaja aksi cemerlang Mendoza atau nama sebenarnya Kevin Ray Mendoza Hansen ini menjadi bualan tetapi wajah kacaknya membuatkan namanya juga menjadi trending.

A post shared by Kevin Ray Mendoza Hansen (@kevinraymendoza)


Menerusi pemerhatian Gempak di laman Instagram milik Mendoza, dia yang dahulunya mempunyai 2,000 pengikut kini mengumpul hampir 68,000 pengikut.

Mendoza yang kini berusia 27 tahun dilahirkan di Herning, Denmark pada 19 September 1994.

Selain bermain bersama KL City, Mendoza turut bermain bersama Pasukan Kebangsaan Filipina.

Di laman Instagramnya juga, difahamkan Mendoza telah mendirikan rumah tangga dengan seorang gadis yang dikenali sebagai Nadia Baekgaard.

A post shared by Kevin Ray Mendoza Hansen (@kevinraymendoza)


Nadia merupakan warganegara Denmark dan seorang pereka grafik yang kini menetap di Malaysia bersama Mendoza.

Persembahan mantap Mendoza malam tadi mengundang pelbagai reaksi positif daripada wargamaya.

“Kevin Mendoza penjaga gol dengan jumlah penyelamatan terbanyak dalam Liga Super musim ini. Jangan terkejut kalau malam ni, beliau bakal buat berpuluh lagi save,” ujar seorang wargamaya.

“Dahla handsome, power pulak tu, Kevin Mendoza power,” puji seorang wargamaya.

Personal opinion: Kevin Mendoza deserved the Man of the Match. Power kot. Banyak dia save malam ni,” tulis seorang wargamaya.

“Lepas tengok bola semalam terus google Kevin Mendoza. Kemain aku ni,” kata seorang wargamaya.

Follower Kevin Mendoza daripada 6k terus naik 40k mat 90% perempuan semalam hanya fokus pada keeper KL je,” usik seorang wargamaya lagi.

Pada perlawanan malam tadi, KL City mengejutkan juara bertahan JDT dengan kemenangan 2-0 untuk merangkul Piala Malaysia ke-100 tahun.

Kemenangan itu membolehkan skuad KL City mengucapkan selamat tinggal kepada penantian 32 tahun untuk memenangi piala keagungan itu yang juga gelaran keempat mereka selepas kali terakhir memenanginya pada 1989.