GAYA HIDUP
#FoodiesLife: Hanya RM88 Untuk Early Bird! Nikmati Juadah Berbuka Puasa Rasa Autentik Negeri Sembilan di Peria Cyberjaya
Sempena bulan ramadan yang hampir tiba, Peria mengajak para tetamu untuk berbuka puasa dengan hidangan klasik Negeri Sembilan yang dimasak mengikut resepi turun-temurun.
Menurut Pengarah Operasi dash Box Hotel Cyberjaya, Maniraja Marimuthu, Peria ingin memberikan pengalaman berbuka yang sangat bermakna kepada para tetamu dengan menampilkan hidangan Negeri Sembilan yang kaya dengan rempah dan rasa.
“Ramadan adalah masa untuk refleksi, kebersamaan, dan berkongsi hidangan istimewa bersama orang tersayang. “Di Peria Cyberjaya, kami teruja untuk membawa kehangatan rasa Negeri Sembilan ke meja makan, mencipta pengalaman berbuka yang tidak dapat dilupakan,” katanya.
Antara juadah istimewa yang dapat dinikmati oleh para tetamu adalah Daging Salai Masak Lomak Cili Api, Asam Pedas Tetel, Ayam Masak Kicap, Ayam Sambal Merah, Siakap Goreng Bawang dan banyak lagi.
Bagi peminat makanan panggang, Peria turut menyediakan Kambing Golek yang dibakar segar di gerai aksi. Untuk melengkapkan pengalaman berbuka, tetamu juga boleh menikmati hidangan seperti Mee Goreng Ampangan, Rojak Buah, dan Ayam Bakar Simpang Petang.
Akhir sekali, Peria turut menyajikan sajian pencuci mulut seperti hirisan buah-buahan, aneka kuih-muih, serta bubur manis menutup santapan dengan penuh kenikmatan.
Promosi Istimewa Ramadan – Tempah Awal untuk Harga Lebih Murah!
Bagi tetamu yang ingin membuat tempahan, Bufet Ramadan di Peria Cyberjaya menawarkan harga serendah RM98 bagi setiap pax.
Namun bagi anda yang membuat tempahan sebelum 1 Mac 2025, anda boleh menikmati harga istimewa Early Bird dengan hanya RM88. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengalaman berbuka puasa yang penuh dengan rasa dan kehangatan di Peria Santapan Senja Cyberjaya.
Tempah sekarang untuk menjamin tempat anda!

Must-Watch Video