gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Awienit Reda Tak Terima Imuniti X Daripada Juri - “Afiq Sky Lebih Layak Sebab…”
HIBURAN
Azrinaz Mazhar Hakim Titip Ucapan Istimewa Buat Putera Abd Wakeel - “Mommy Tak Pernah Lupa…”
HIBURAN
Gelagat Sempoi Ramli MS Masuk Live Alyah Tolong Promosi Tudung Curi Perhatian - “Ni Projek Bapak Bapak Season Berapa Ni”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

#FOODIESLIFE: Pelanggan Terkejut Madam Kwan’s Tiada Sijil Halal, Ini Kenyataan Daripada Restoran

gempak
Izwan Isa
13/10/2023
03:25 MYT
Sponsor Banner
#FOODIESLIFE: Pelanggan Terkejut Madam Kwan’s Tiada Sijil Halal, Ini Kenyataan Daripada Restoran
Baru-baru ini, seorang pelanggan menzahirkan rasa terkejut kerana restoran yang sering dikunjunginya iaitu Madam Kwan tidak mempunyai sijil halal.
Menerusi kemas kini di laman sosial, pelanggan itu mendakwa sijil halal tidak dapat diberikan kepada premis berkenaan kerana terdapat minuman beralkohol dihidangkan di sana.
Tidak mahu terus menimbulkan kekeliruan, pihak Madam Kwan’s menghubungi individu tersebut di ruangan mesej peribadi.
“Pada masa ini, Madam Kwan’s tidak memegang sijil halal. Bagaimanapun, kami ingin menyakinkan anda bahawa semua bahan-bahan yang digunakan dalam hidangan kami, termasuk ayam dan daging, diperoleh daripada pembekal yang memegang sijil halal.
“Kehadiran minuman beralkohol di premis kami telah menjadi halangan untuk mendapatkan sijil halal rasmi. Namun, kami mempunyai protokol yang ketat untuk memastikan tidak ada pencemaran silang dan makanan serta minuman kami disediakan secara berasingan daripada minuman yang mengandungi alkohol,” katanya.
Pihak restoran turut mengakui kepentingan sijil halal kepada pelanggan Muslim dan menerima sebarang pertanyaan daripada orang ramai.
“Kami memahami kepentingan sijil halal kepada pelanggan Muslim kami, dan kami berdedikasi membuat penjelasan dalam menangani perkara ini. Walaupun kami tidak memohon sijil halal pada masa ini, kami ingin memastikan bahawa kami prihatin dengan kebimbangan anda.
“Sebagai sebahagian daripada komitmen kami kepada penjelasan tersebut, kami menggalakkan komunikasi terbuka dengan pelanggan yang dihargai. Kami sentiasa bersedia untuk menjawab sebarang soalan atau kebimbangan yang anda ada mengenai makanan kami dan penyediaannya,” kenyataan itu.
BACA: Jakim Sahkan Premis Nasi Ayam Claypot Tular Tiada Sijil Halal​
Topic Berkaitan
#Halal
#Madam Kwan's
Must-Watch Video