Majalah Forbes dikritik apabila melabel Kylie Jenner sebagai 'self-made billionaire'.

Bagi netizen, penggunaan terma self-made billionaire dianggap netizen sebagai sangat tidak sesuai.

"Pada usia 21 tahun, dia bakal menjadi self-made billionaire termuda," itu yang ditulis pada muka hadapan majalah berkenaan.

Laporan berita itu turut menggunakan hashtag "#SelfMadeWomen".

Forbes menganggarkan jenama kosmetik milik Jenner, rancangan realiti televisyen dan pelbagai tajaan telah membantunya meraih keuntungan AS$900 juta (RM3.6 bilion).

Self-made billionaire merujuk kepada ahli perniagaan yang bermula dari bawah dan kemudiannya berjaya bergelar jutawan.

Pengguna laman sosial berpendapat tidak sepatutnya terma itu digunakan memandangkan Jenner merupakan sebahagian daripada ahli keluarga Kardashian.

"Penggunaan terma yang salah akan membuatkan masyarakat kelas bawahan dipandang serong. Akan ada orang kaya mempersoalkan mengapa orang miskin susah nak jadi kaya, dan menggunakan Kylie Jenner sebagai contoh," kata seorang pengguna Twitter.


Sumber: Twitter, Astro Awani
Foto: Carian Google