Hiburan
Kongsi Keputusan SPM, Mira Filzah Titip Nasihat Untuk Generasi Muda Terus Timba Ilmu - “Dunia Teknologi Sekarang Buat…”
Pelakon Mira Filzah menitipkan nasihat untuk generasi muda untuk tidak hanya belajar sampai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebaliknya meneruskan ke peringkat yang lebih tinggi seperti Ijazah Sarjana Muda.
Ilmu penting
Mira yang juga pelakon drama Curang Tanpa Niat ini berkata tiada salah untuk menjana pendapatan dengan menjadi ‘content creator’ namun menganggap ilmu lebih penting untuk kehidupan.
ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Dengar Tajuk Pun Dah Takut, Boleh Ker Curang Tanpa Niat?" - Mira Filzah
ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Gantikan ‘Andai Tiada Dia’, Watak Mira Filzah Dengan Ummi Nazeera Ada Perbezaan - “Tahap Kesakitan Juga Berbeza”
ARTIKEL BERKAITAN: Mira Filzah Percaya Suami, Tiada Masalah Berlakon Drama Kecurangan - “Saya Sangat Bersyukur Kerana…”
“Apa yang saya boleh cakap, kita ini kalau ada pelajaran, ada sijil, ilmu… Insya-Allah boleh berjaya di mana-mana. Maksudnya campak la di mana-mana kita boleh survive (harungi).
“Ilmu ini sangat penting. Dunia teknologi sekarang buat anak-anak muda, adik-adik sekarang macam ‘okay lepas SPM buat bisnes sendiri la, jadi content creator’.
“Memang boleh buat duit, saya tak nafikan benda itu. Tapi cuba tanya diri sendiri, sampai bila nak buat duit. Takkan la bila usia dah 60 tahun pun nak buat benda sama, mungkin waktu itu trend dah berbeza.
“Jadi, tak apa buat benda ini tapi pastikan awak pun teruskan belajar. Lepas SPM, sambunglah. Sayanglah… sekurang-kurangnya ada Degree (Ijazah Sarjana Muda). Jangan berhenti macam itu saja,” kongsinya.
Pilihan jurusan
Mira yang berkongsi perkara itu menerusi siaran langsung (live) di TikTok turut berkata keputusan SPM juga menentukan pemilihan jurusan di universiti atau kolej.
“SPM ini buat betul-betul supaya dapat peluang yang lebih banyak. Sebab kita lepas SPM kena apply UPU kan. Kalau keputusan bagus, pilihan pertama kita boleh dapat.
“Kalau keputusan tak bagus, kita boleh tercampak pilihan ketiga, keempat dan kelima,” ujarnya lagi.
Keputusan SPM
Dalam pada itu, Mira turut mendedahkan keputusan SPM yang diperolehi iaitu 8A dan 2B.
“SPM saya tak straight A… SPM saya 8A 2B, saya ambil 10 subjek. Kenapa 10? Selalu orang sembilan saja kan. Sebab kakak saya masa SPM dia ambil 11 subjek… dia 11A1 (A+).
“Jadi, masa nak ambil SPM itu saya macam ‘hmm sembilan subjek, ambil la satu lagi… dekat-dekat dengan along’. Tapi macam saya, masa SPM pun banyak main-main.
“Apa yang saya belajar itu untuk dapat 8A 2B tu, adalah saya belajar sebulan sebelum,” kongsinya.
Must-Watch Video