Hiburan
Foto Anak Cium Lelaki: Kazar Beri Komen
Pelakon Kazar Saisi memberikan komen mengenai sekeping foto anaknya, Ira Kaza yang bercium dengan seorang lelaki.
Foto anak Kazar atau nama sebenarnya, Kazaruddin Saisi, 59, yang mencium pipi jejaka itu telah disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp.
Ira atau nama sebenarnya, Fadira Fatini Kazaruddin, 23, memuat naik foto tersebut di ruangan Instagram Stories akaun laman sosial miliknya, @irakaza.
"Saya baru sahaja melihat foto terbabit apabila diberitahu oleh pihak media. Sebenarnya, lelaki dalam gambar tersebut adalah sepupu Ira dan merupakan anak kepada Helmi The Gimmik.
"Hubungan mereka memang terlampau rapat semenjak kecil. Namun begitu, saya mengakui perkara tersebut salah dan tidak boleh dilakukan oleh Ira.
"Ira tidak boleh cium pipi sepupunya dan dia juga tidak boleh memuat naik foto-foto sebegitu di laman sosial. Saya sudah berpesan kepadanya agar menjaga nama saya elok-elok.
"Perkara terbabit tak boleh dilakukan oleh Ira. Saya tak setuju, apatah lagi pandangan orang lain, pastinya tidak manis," kata Kazar.
Tambah Kazar, dia turut berharap agar Ira tidak mengulangi lagi perkara tersebut.
"Saya hanya boleh menasihatkan dia. Budak-budak sekarang tidak boleh dimarahi. Saya sudah berpesan agar jaga diri elok-elok serta menjaga nama saya.
"Dalam Instagram saya sering menasihati orang lain, apabila perkara sebegini terjadi, saya takut orang akan cakap perkara lain pula," kata Kazar ketika ditemui di majlis pelancaran supertelefilem Budak Kripto.
Karya tersebut bakal mendapat sentuhan pengarah berpengalaman, Din CJ yang pernah menempa populariti menerusi drama bersiri Cinderella lakonan Ahmad Idham dan Haliza Misbun.
Selain Kazar, karya yang bakal menjalani penggambaran bermula 25 April depan di sekitar Perak ini menampilkan pelakon lain seperti Fahrin Ahmad, Liza Abdullah, Afifah Nasir, Accapan, Mamat Khalid dan dua orang bakat baru, Zam Azmi dan Nurul Hida.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Ira & Kazar
Must-Watch Video