Pelakon Bella Dally telah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan iaitu Arif Izuddin dengan sekali lafaz pagi semalam.
Pasangan pengantin baru itu telah diraikan dalam satu majlis resepsi yang meriah pada malam harinya.
Majlis yang bertemakan ala Inggeris itu diadakan dengan meriah di Marina Putrajaya.
Majlis tersebut diadakan secara tertutup dan cuma dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat mereka sahaja.
Antara rakan artis yang hadir memeriahkan majlis adalah pelakon Elfira Loy, Mira Filzah, Amyra Rosli, Betty Rahman, Wan Sharmila dan Azira Shafinaz.
Terdahulu, rombongan meminang Bella diadakan di kediaman keluarganya di Kota Kinabalu, Sabah pada 12 Januari lalu.
Bella atau Nabilah Ali Dally, sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016 namun bercerai pada 2 Mei 2018.
Berikut merupakan foto-foto sepanjang majlis tersebut: