Belum habis lagi nampaknya isu daging harimau menangis ni. Cuma kali ini kisahnya datang dari anak usahawan popular kelahiran Kelantan itu sendiri, Ameera Khan.

Ameera menerusi Instagram Storiesnya berkongsi beberapa keping foto ibunya, Noor Kartini ketika usia mudanya.

Harus diakui cantik, wajah Noor Kartini sebenarnya sekali imbas persis Neelofa!

Hinggakan Ameera memuji ibunya dengan metafora harimau menangis.

"Mama, harimau pun menangis tengok ni," tulisnya.

Jom lihat gambar-gambar menarik Noor Kartini suatu ketika dahulu.