Hiburan

Foto Sekitar Majlis Pernikahan Jep Sepahtu, Sari Yanti

gempak
Syafiqah Jalal
25/02/2017
06:23 MYT
Sponsor Banner
Foto Sekitar Majlis Pernikahan Jep Sepahtu, Sari Yanti
Dengan sekali lafaz pelakon Sari Yanti sah bergelar isteri kepada pelawak Jep Sepahtu tepat jam 11.50 pagi tadi.
Pasangan dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Dato' Mohamad Nazari. Majis nikah yang berlangsung di Dewan Mercu Mustapha Kamal diadakan di secara tertutup.
Ia hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat sekitar 250 orang sahaja.
Sari yang merupakan ibu tunggal itu berkahwin kali kedua selepas berpisah dengan bekas suaminya, Mohd Eddy Casmadi pada 11 Disember 2014.
Hasil perkahwinan terdahulu, Sari dan bekas suami dikurniakan dua anak, Barr Al Aly dan Basit Al Haq.
Spekulasi percintaan Sari dan Jep bertebaran sejak tahun lalu apabila mereka banyak berkongsi gambar di laman Instagram.
Berikut merupakan foto-foto sekitar majlis pernikahan mereka:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live