Sejak negara dilanda wabak COVID-19, paling mencabar pastinya petugas barisan hadapan negara yang bertungkus-lumus menjalankan tugas demi memastikan keselamatan rakyat dan negara.

Mereka ini adalah wira-wira negara yang sanggup meredah risiko berhadapan dengan wabak COVID-19.

Seperti sedia maklum, corak gaya kehidupan harian juga kini berubah termasuklah dari aspek pengurusan dan pengebumian jenazah.

Proses pengurusan jenazah harus dilakukan mengikut prosedur kawalan yang ketat untuk memastikan tidak berlaku sebarang penyebaran wabak sewaktu pengebumian.

Berbekalkan sut kelengkapan perlindungan diri (PPE), petugas berisan hadapan sanggup mengambil risiko berdepan dengan COVID-19 demi menguruskan jenazah pesakit.

Tidak mengambil kira cuaca panas terik mahu pun hujan, amanat dan kepercayaan untuk menguruskan jenazah yang diberikan kepada petugas barisan hadapan ini dijalankan dengan penuh tanggungjawab.

Di sini Gempak kongsikan foto-foto petugas barisan hadapan menjalankan tanggungjawab menguruskan pengebumian pesakit-pesakit COVID-19.

















Takziah buat keluarga dan terima kasih buat petugas barisan hadapan… Semoga semuanya dilindungi dan dipermudahkan segala urusan.

Foto: Azrul Rafie