Laman Utama

[FOTO] #TravelMana: Makan Buah Segar, Siap Dapat Tanam Pokok! Ladang Buah Naga Ini Tarikan Terbaharu Di Selangor

Azwa Rahman
24/07/2022
06:53 MYT
Jika beberapa minggu lalu ladang buah nanas yang terletak di Kajang tular di laman sosial, sebenarnya ada satu lagi buah yang tidak kurang hebatnya menanti kunjungan anda.
Peminat buah naga munculkan diri! Terdapat sebuah tarikan terbaharu di negeri Selangor iaitu ladang buah naga boleh dijadikan lokasi untuk bersantai.
Terletak di Sepang, ladang HL Dragon Fruit Eco Farm ini menawarkan pelbagai menu makanan dan minuman yang berasaskan buah naga.
Mendapat jolokan restoran bertemakan buah naga yang pertama di Malaysia ini menyajikan hidangan seperti Jumbo Dragon Bun (bun berintikan kari ayam dibalut dengan roti buah naga) , Nasi Lemak Buah Naga, dan Jus 'Dragon Breath.'
Selain tu, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh lakukan disini antaranya membuat Jumbo Dragon Bun, melawat sekitar ladang buah naga secara percuma serta paling istimewa, dapat pengalaman menanam pokok buah naga.
Namun semua aktiviti ini memerlukan tempahan sebelum ada merancang untuk datang ke sini.
Jangan diragui tentang status restoran dan semua produk makanan kerana mereka sudah mendapat pengiktirafan sijil halal daripada JAKIM.
Tak tahu mana nak pergi hujung minggu, ladang buah naga ini boleh menjadi destinasi untuk bersama keluarga dan teman-teman.
Alamat: HL Dragon Fruit Eco Farm, Lot 7608, Jalan Besar, Batu Satu, 43900 Sepang, Selangor
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#TRAVELMANA: Yogyakarta Catat Suhu Serendah 19 Darjah Celsius, Masa Yang Sesuai Untuk Pergi Bercuti!

gempak
18/07/2024
12:55 MYT
Yogyakarta, Indonesia, lokasi yang popular dalam kalangan pelancong mengalami penurunan suhu yang ketara sejak beberapa minggu lalu.
Gaya Hidup

#Travelmana: Teroka Dunia Safari! AirAsia X Bakal Terbang Ke Kenya, Afrika Mulai 15 November 2024

gempak
03/07/2024
05:55 MYT
AirAsia X (AAX) meraikan pencapaian baharu dengan pengumuman pelancaran laluan ke Nairobi, Kenya di benua Afrika.
Gaya Hidup

#TRAVELMANA: Bangunan Unik, Pantai - Ini Lima Tarikan Best Di Barcelona, Siap Jadi Lokasi Penggambaran Filem!

gempak
02/06/2024
16:55 MYT
Menempatkan pelbagai tarikan dan destinasi hebat di merata ceruk, tidak hairanlah mengapa Barcelona menerima hampir 9.5 juta pelancong pada tahun 2000.
Gaya Hidup

#Travelmana: A Villa By A River... Villa Nur Jannah Tarikan Baharu Di Janda Baik!

gempak
30/03/2024
09:21 MYT
Villa Nur Jannah terletak di Janda Baik, Pahang dengan keluasan 4,000 kaki persegi.
Gaya Hidup

#TRAVELMANA: Neon Circus Countdown Carnival Buka Tirai 2024 Dengan Meriah, Sarat Aktiviti Kekeluargaan & Hiburan

gempak
09/01/2024
14:55 MYT
Pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada tetamu sepanjang karnival