Pasti ramai yang sedang menghitung detik untuk kebenaran merentas negeri diumumkan oleh pihak kerajaan.

Dalam mencari lokasi untuk staycation bersama teman-teman, Gempak terjumpa sebuah penginapan yang cukup unik, bermalam di dalam sebuah bas!



Menerusi laman sosial Facebook, penginapan bas Maxwell ini terletak di ATV Adventure Park, Larut, Taiping kini tular dan mencuri perhatian ramai.

Terletak di kaki Bukit Larut, penginapan yang pada asalnya sebuah bas vintage ini telah diberi nafas baru menjadi Karavan dan sedia untuk menerima kunjungan pelancong.



Karavan ini direka lengkap dengan pelbagai kemudahan asas seperti katil, kipas dan dapur. Namun karavan ini cukup besar untuk menampung ruangan katil tambahan serta ruang untuk solat.

Lebih istimewanya lagi, lokasi ini dikelilingi alam semula jadi yang nyaman dan menenangkan. Malah, permainan ATV untuk penggemar adventure turut disediakan, cukup sempurna dinikmati bersama teman-teman dan keluarga.



Bukan itu sahaja, karavan ini turut menyediakan tab mandi di kawasan luar yang diserikan dengan dekorasi lampu-lampu di pokok sekeliling mengadap pemandangan taman indah.


Alamat: Lot 3644, Pejabat Rekreasi, Jalan Air Terjun, 34000 Taiping, Perak.

Instagram: @atvlarut

Kredit foto: Instagram @liyana.muhammad