Cukup dikenali dengan pemandangan indah sawah padi, lokasi percutian popular Sekinchan menawarkan satu lagi tarikan terbaharu iaitu sebuah taman tema iaitu Sekin Wonderland.

Terletak di daerah Sabak Bernam, Sekin Wonderland terletak berhampiran pantai dan mempunyai pemandangan yang cukup cantik, sesuai untuk santai dan bergambar bersama keluarga.



Istimewanya lagi, SekincWonderland yang mempunyai bahagian taman tema dan indoor game ini akan dibuka hari raya kedua.

Tarikan di taman tema ini menjanjikan keseronokan untuk semua peringkat umur bermula dari kanak-kanak, remaja hingga dewasa.



Menawarkan 10 buah kolam pelbagai jenis saiz, lebih menarik terdapat lebih 50 gerai jualan seperti gerai menjual pakaian, makanan, mainan kanak-kanak, peralatan berenang, produk makanan tempatan, mini market dan banyak lagi.

Terbahagi kepada dua peringkat fasa pembukaan, fasa pertama akan dibuka pada hari raya kedua dan untuk fasa ke dua dijangka akan dibuka pada penghujung tahun ini.

Harga tiket untuk keseluruhan ialah RM58 seorang dan untuk pembukaan fasa 1, Sekin Wonderland hanya mengenakan RM28 seorang dan yang menariknya jika hadir berlima akan diberikan harga promosi RM100 untuk 5 orang.



Tambahan pula, tiga daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor diletakkan di bawah Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kalau anda bosan tak tahu ke mana pada sambutan lebaran kali ini, apa kata anda singgah di Sekin Wonderland.