Hiburan

"Ada Pihak Cuba Mencaras Saya, Tapi Tetap Setia Dengan ..." - Shukri Yahaya

gempak
Ainun
06/02/2025
13:55 MYT
Sponsor Banner
"Ada Pihak Cuba Mencaras Saya, Tapi Tetap Setia Dengan ..." - Shukri Yahaya
Meskipun sudah lima tahun menjadi duta jenama Bulan Bintang, pelakon Shukri Yahaya mengakui dirinya masih setia bersama jenama tersebut walaupun ada pihak yang cuba ‘mencarasnya’.
Menurut Shukri, atau nama sebenarnya Mohd Shukri bin Yahaya, 37, dia sangat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi, kerana sudi memberikannya peluang untuk menggalas tugas sebagai duta sejak tahun 2021.
Tambahnya lagi, kesetiaannya terhadap jenama ini bukan kerana bayaran yang ditawarkan, tetapi kerana penghargaan terhadap jenama yang kini telah memasuki usia sedekad.
“Saya kekal bersama Bulan Bintang kerana kawan-kawan. Saya bersama jenama ini pun sebenarnya kerana ingin menghargai pengorbanan pengasas terhadap jenama ini.

“Pada awalnya, saya tidak berminat menjadi duta Bulan Bintang kerana ketika itu jenama ini masih belum begitu popular.

“Namun, tawaran yang diberikan kepada saya sangat bagus hingga membuatkan saya terkejut, lalu saya menerimanya. Lama-kelamaan, saya kekal menjadi duta jenama ini,” katanya kepada Gempak.
Shukri berkata demikian ketika menghadiri sidang media Pertunjukan Fesyen Bulan Bintang: Sedekad Menyinar yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre baru-baru ini.

BERITA BERKAITAN: Shukri Yahaya Kongsi Maksud Nama Eshaal, Minta Penonton Jangan Marah Lama-Lama

BERITA BERKAITAN: “Kami Berdua Semakin Banyak Mengaji” - Isteri Berniqab, Shukri Yahaya Akui Aura Rumah Tangga Makin Harmoni & Positif

BERITA BERKAITAN: “Mungkin Juga Tiada Pelakon Lain Yang Lebih Sesuai” - Shukri Yahaya Tak Kisah Kerap Terima Watak ‘Baran’

BERITA BERKAITAN: Shukri Yahaya Tiada Masa Untuk Curang

Dalam masa yang sama, aktor terkenal itu mengakui pernah bertanyakan kepada pengasas mengenai statusnya sebagai duta untuk tahun berikutnya, kerana dia bercadang untuk beralih ke jenama lain sekiranya tidak lagi bersama Bulan Bintang.
Katanya, ada juga jenama lain yang cuba menawarkannya sebagai duta, tetapi dia tetap memilih untuk setia kepada Bulan Bintang.
“Pada mulanya, saya ada bertanya kepada pengasas, ‘Adakah tahun depan saya masih bersama jenama ini? Kalau tidak, saya ingin beralih ke jenama lain,"

“Ada pihak yang cuba mencaras saya, tetapi saya tetap memilih untuk setia kepada jenama Bulan Bintang,” jelasnya.

Sekadar info, Shukri Yahaya antara selebriti yang memperagakan kesemua koleksi baharu baju melayu untuk raya tahun ini.
Antara artis yang yang memperagakan Datuk Rosyam Nor, Datuk Remy Ishak, Zahiril Adzim, Syafiq Kyle, Nadhir Nasar, Mierul AIman, Johan ‘Jojo’ Ghazali, Hannah Delisha dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024