Fouziah Gous Bagi Hint Anak Ketiga?

Syafiqah Jalal
Oktober 1, 2018 11:17 MYT
Pelakon Datin Fouziah Gous telah memberi bayangan mahu hamil bayi ketiga.
Fouziah memberi bayangan tersebut di dalam sepotong video di akaun Instagram (IG) miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, dia memberitahu bagaimana agaknya wajah bayi ketiganya jika dia mengambil makanan tambahan yang mempunyai kandungan buah kurma dan buah berry.
Namun Fouziah hanya beri bayangan itu dalam cara bersahaja dan berseloroh.
Fouziah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan iaitu Datuk Zhafran Yusof pada September 2013.
Pasangan ini dikurniakan dua orang anak Zeeshan Yusuf, 3 dan Zaheen Yusof Md Zhafran, 1.
#pelakon #Anak #Hamil #Hamil #Pelakon #Fouziah Gous