BERITA
Fouziah Gous Dedah Wajah Anak Kedua, Namakan Zaheen Yusof
Pelakon Fouziah Gous akhirnya mendedahkan wajah anak keduanya yang lahir pada 9 November lalu.
Menerusi akan Instagram (IG)nya, Fouziah turut memperkenalkan nama putranya itu iaitu Zaheen Yusof Md Zhafran.
Fouziah meminta maaf kepada semua kerana lewat berkongsi wajah anaknya itu.
Kata Fouziah dia kasih kekok untuk membiasakan diri dengan situasi selepas bergelar ibu kepada dua anak.
"Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Penyayang,
Saya ingin memperkenalkan our new Bundle of Joy.
His name is Zaheen Yusuf bin Md Zhafran. picture ni di ambil sewaktu pertama kali saya mendukung Zaheen di Nursery selepas keluar labour room ?..
Dengan ini,Saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala doa dan ucapan dari kalian semua.. syukur saya & Zaheen sihat walafiat.. Berat Zaheen 3.04kg tapi mungkin sekarang ni berat Zaheen dah naik di sebabkan kuat minum susu setiap jam tanpa henti..
Mommy nak minta maaf sbb lambat share picture Zaheen sebab sibuk sangat sampai takde masa nak ber ‘caption’ almaklumlah dah ada anak 2.. payah juga nak adapt dgn situasi baru ni.. nak jaga hati abang Zeeshan lagi..Tidak mudah tapi sangat bahagia.
Alhamdulilah rezeki Allah yg tiada nilainya di dunia... nanti saya kongsi kan picture Zaheen yg lain. Some picture i will upload @zhafoujr .. #zhafoujr2 #mzzy"
Fouziah dan suami bernikah pada 21 September 2013.

