Produk minuman sarang burung FGWalet keluaran pelakon Datin Fouziah Gous telah memecahkan rekod Go Shop apabila 1,000 set (3,000 kotak) telah habis dijual dalam tempoh sembilan jam sahaja.

Ini merupakan produk premium pertama yang memecahkan rekod tersebut dan ia disiarkan bermula pada jam 1 petang dari Studio 4 Astro, Bukit Jalil, semalam.

Menurut Fouziah, dia cukup terharu dengan sambutan yang diberikan terhadap produk minuman kesihatannya itu.

"Untuk edisi pelancaran di Go Shop, kami hadkan menjual 3,000 kotak sahaja sebagai permulaan. Tak sangka pula sambutan cukup menggalakkan.

"Baru beberapa minit bersiaran dah ada pembeli sehinggalah semuanya sold out pada jam 10 malam. Syukur, Alhamdulillah.

"Walaupun saya yakin produk ini mampu dijual tetapi apabila sold out dalam tempoh 9 jam, itu adalah benar-benar di luar dugaan saya dan team FGWalet," katanya dalam sebuah kenyataan media.

Ditanya adakah FGWalet akan terus dijual melalui Go Shop, Fouziah yang juga merupakan ikon kecantikan Go Shop berkata, semuanya dalam perancangan.

"Sebenarnya apa yang dijual di Go Shop hanya boleh didapati di Go Shop sahaja. Tidak boleh didapati di mana-mana.

"Jadi untuk adakan lagi promosi dengan harga RM199 seperti ini saya dan team perlu memikirkan apa yang terbaik dan eksklusif untuk penonton Go Shop," katanya yang tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada pembeli FGWalet.

Minuman sarang burung telah diakui mempunyai banyak khasiat sejak turun temurun dan produk FGWalet merupakan keluaran bumiputera yang telah mendapat pengiktirafan dan pengesahan sijil halal.