Selepas melahirkan cahaya mata kedua pada 22 Februari lalu, pelakon cantik Nora Danish sudah mula menjayakan sesi fotografi hujung minggu lalu.

Sesi fotografi itu dipercayai untuk kempen promosi salun rambut miliknya, Karva Salon by Nora Danish.

Nora yang ditatarias oleh jurusolek terkemuka, Khir Khalid dan David Shaw turut memuatkan beberapa keping foto di sebalik tabir sesi fotografi itu.

Walaupun hanya foto di sebalik tabir, hasilnya sangat luar jangka dan penampilan Nora yang baru lepas bersalin itu mendapat pujian peminatnya.

BTS @karvamy Make up : Hanya @khirkhalid Hair : @davidshaw199 Photographer : @lensworks_production

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on


"Ibu paling cantik selepas berpantang. Saya sangat teruja," tulis @dyaanuar.

"Cantiknya rambut Nora. Really gorgeous," tambah @rosnahdahalan.

"Selepas bersalin pun masih 'shine bright like a diamond'," puji @20my_.

"Cantik Kak Nora macam bidadari," tambah @edaanwar93 pula.

"Slim dan cergas walaupun bersalin bedah. Apa rahsianya?" soal @rarrasha.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @noradanish