Mengambil langkah berani untuk melancarkan mini album dalam bentuk cakera padat (CD), percaturan Dolla berbaloi selepas 1,000 unit album berjudul ‘DOLLA Mini Album’ habis terjual dalam tempoh 24 jam.
Pada mulanya Dolla yang dianggotai Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya cuma merancang untuk lancarkan 500 unit CD sahaja.
Bagaimanapun, jumlah itu ditambah kepada 500 unit lagi kerana sambutan luar biasa peminat.
Meskipun penjualan CD mungkin semakin tidak relevan sekarang, sebaliknya peminat Dolla masing-masing tidak mahu terlepas memiliki mini album itu.
Anggota kumpulan Dolla, Sabronzo berkata percaturan melancarkan CD selepas kejayaan di platform muzik digital sentiasa menjadi impian utama mereka juga.
Namun baginya, album berbentuk fizikal pastinya lebih istimewa untuk dimiliki peminat mereka.
“Kami sentiasa bersyukur dengan kejayaan karya-karya kami di platformdigital. Sokongan tidak berbelah-bagi diberikan peminat sangat menyentuh hati kami dan tentunya mahu cari inisiatif lain untuk terus menghargai mereka,” katanya.
Tabby pula berkata sambutan luar biasa terhadap mini album itu satu kejayaan cukup manis dan bermakna buat mereka.
Dia berharap CD terbabit juga akan memberi kepuasan kepada semua peminat yang sudah membelinya.
“CD ini adalah bukti usaha keras kami sejak DOLLA ditubuhkan dan selayaknya dikongsikan bersama peminat.
“Kami amat terharu atas kesungguhan mereka kerana terus menyokong termasuk sanggup membeli album kami ini,” katanya.
Mini album khas itu diterbitkan sempena pelancaran lagu baharu mereka berjudul BAD serta kejayaan showcase sulung DOLLA pada 19 Februari lalu.
Dijual pada harga RM60, CD itu turut mengandungi buku foto serta poskad individu setiap anggotanya.
Lagu-lagu dimuatkan termasuk BAD (versi melayu), DOLLA Make You Wanna, Impikan (versi melayu), Berani, Berani (akustik), Watch Me Glow, BAD (versi inggeris) dan Raya Raya Raya sebagai lagu bonus.
Mula mencipta nama sekitar dua tahun lalu, Dolla meraih pencapaian cukup membanggakan dalam tempoh singkat dan mencetuskan fenomena tersendiri dalam industri muzik tempatan.
Bukan sekadar lagunya hit, bahkan kumpulan ini turut menjadi rebutan pelbagai jenama besar.
Pada September tahun lalu, Dolla menjadi kumpulan penyanyi wanita pertama dari Malaysia tampil di papan iklan digital di New York Times Square, Amerika Syarikat.
Showcase sulung mereka pada 19 Februari lalu juga cukup membanggakan apabila tiketnya terjual habis.
Fiza Kamarudin
Wed Feb 23 2022


Usia Hampir 50 Tahun, Jang Hyuk & Kim Jong Kook Masih Ketagih Bersenam! Lakukan Rutin Dua Jam Setiap Pagi
Jang Hyuk dengan Jong Kook ni memang jaga badan.
.jpg?ext=.jpg)
14 Tahun Janda, Yuni Shara ‘Boleh Kenal’ Lelaki Hanya Dengan Berbual 5 Minit
Penyanyi Yuni Shara mengaku kerana telah terlalu lama hidup sendiri atau menjanda, dirinya sudah kekok untuk kembali menjalin cinta.

Ibu Azhan Rani Puji Watak Wahid Dalam Mat Kilau - “Beto, Mak Aku Kata ‘Pandai Beto Ni, Mak Nangis Masa Dia Mati’…”
Memang best!

Lelaki Bogel Tunggang Motosikal Lari Selepas Bunuh Isteri & Bayi Usia 44 Hari?
Viral video lelaki tunggang motosikal sambil berbogel.

“Hilang Kata… Alhamdulillah Terima Kasih” - Cecah RM47 Juta, Mat Kilau Pecah Rekod Munafik 2
Power Mat Kilau ni lain macam. Tahniah.

“Bakal Dikecam, Dihina, Dimaki Tapi…”- Iqram Dinzly Berlakon Jadi Suami Yang…
Jahat sangat ke Iqram Dinzly?

Karaoke Superstar Minggu 5 - Highlight & Komen Juri
Layan teruk weh Karaoke Superstar Minggu 5! Korang enjoy tak layan? Kalau nak tengok lebih lagi...dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99/bln dan nikmati 60 HARI PERCUMA bila anda daftar secara online di astro.com.my #KaraokeSuperstar #astrogempak

“Tak Mintak Free. Tak Mintak Diskaun Pun. Class Act” - Pemilik Restoran Di London Puji Siti Bantu Promosi Kedai Secara Percuma
Memang ada kelas!

Ramai Teruja Aliff Aziz Kembali Berlakon! Comeback Dalam Jodohku Babysitter Dengan Intan Najuwa - "Tak Sabar Tunggu"
Jodohku Babysitter gandingkan Aliff Aziz dan Intan Najuwa!

Aiman Hakim 'Tertekan' Jadi Park Seo Joon Versi Malaysia - "Saya 'Diharamkan' Tengok She Was Pretty Versi Asal"
Aiman Hakim bintangi She Was Pretty versi Malaysia.