Juara Big Stage, Sarah Suhairi sekali lagi mendapat perhatian peminat apabila menyanyikan lagu cover berjudul Kill This Love yang dinyanyikan oleh kumpulan K-Pop popular, BLACKPINK.

Video berdurasi 55 saat itu dimuat naik Sarah menerusi akaun Instagramnya semalam.

Lebih-lebih lagi apabila Sarah menyanyikan bahagian rap dengan sebutan yang jelas membuatkan netizen kagum sehingga menggelarkan penyanyi itu sebagai Lisa Malaysia.

Kill this love- @blackpinkofficial (longer version at IGTV)

A post shared by Sarah Suhairi (@sarahsuhairi) on


Menerusi ruangan komen video itu juga, rata-rata netizen memuji usaha Sarah belajar untuk menyanyi rap dalam Bahasa Korea.

Sehingga kini, video itu sudah mencecah lebih 400,000 tontonan.

Sebelum ini, Sarah pernah menjadi tular dan trending di YouTube selepas menyampaikan lagu Korea popular Ddu Du Ddu Du nyanyian asal BLACKPINK di pentas Big Stage tahun lalu.

Malah, persembahan bertenaga Sarah itu juga turut mendapat reaksi masyarakat Korea yang memuji sebutan Hangul (Bahasa Korea) penyanyi berkenaan.

Kill This Love merupakan lagu terbaru BLACKPINK yang mencipta sejarah dengan memecah rekod terpantas mendapat jumlah tontonan seramai 100 juta hanya dalam masa tiga hari di laman YouTube.

BLACKPINK yang dianggotai oleh Jisoo, Jennie, Lisa dan Rose adalah aset besar YG Entertainment, salah satu label muzik terbesar di Korea.

Foto: Instagram @sarahsuhairi