Hamil Anak Pertama, Tyra Kamaruzzaman Naik 14Kg - “Kita Dah Tak Hot, Hidung Macam Roti, Pipi Tako Tao…”
Pempengaruh Tyra Kamaruzzaman berkongsi perjalanan kehamilan anak pertama apabila berat badannya difahamkan telah naik sebanyak 14kg (kilogram).
Naik 14kg
Kata Tyra, dia tidak menyangka perubahan bentuk badan dan wajahnya akan berubah secara mendadak.
“Saya naik berat 14kg. Hidung saya macam roti naik. pipi saya macam tako tao. bibir saya macam selipar jamban.
“Saya ingat saya tak akan kembang selepas mengandung. Saya ingat saya insan terpilih,” katanya.
@tyrakmrzzmn saya naik berat 14kg. hidung saya macam roti naik. pipi saya macam tako tao. bibir saya macam selipar jamban♬ original sound - tyrakmrzmn
Malah, dengan penampilan berbadan dua ini, Tyra turut merasakan paras rupanya sudah tidak cantik seperti dahulu.
“Tengok saya sekarang nampak macam kena pam sepuluh kali. Kita dah tak hot dah tak seksi,” ujarnya dengan nada seloroh.
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat buat pempengaruh tersebut.
“Kehamilan kan satu ibadah sis, jangan insecure berlebihan tentang rupa yg berubah, pahala selesai bersalin dan tempoh mengandung terus pahala berjalan setiap saat dan waktu. Allah hanya bagi pada kita kaum wanita.
“Tyra comel lah, takpe nanti hot lah balik.
“Jangan risau nanti awak akan comeback Tyra,” komen beberaps netizen.
Sekadar info, Tyra Kamaruzzaman telah mendirikan rumah tangga bersama pereka fesyen, Emran Rijal pada tahun lalu.