Personaliti media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad memuat naik hantaran di laman Instagram (IG), menyatakan hasrat untuk memberi hadiah kepada pengikutnya sebagai tanda penghargaan.

Menariknya, hadiah yang ingin diberikan kepada pengikutnya itu agak istimewa kerana ia merupakan cenderahati yang dibeli dari Pop up Store BTS.

“Mana adik-adik abang Army BTS? Hari ni abang belikan barang adik-adik abang dekat sosial media ni. Pening abang, hari ni abang baru kenal siapa V, Jungkook, RM, Jimin, Jin, Suga, J-Hope.

“Ya Allah terkejut abang tengok barang BTS, hari ni abang tak beli langsung untuk diri abang. Semua untuk adik adik-abang.

“Abang ikhlas belikan dan nak ingatkan juga adik semua, BTS BTS juga tapi solat jangan tinggal tau dan belajar rajin rajin,” katanya.

Menurut Hafiz pengikut yang bertuah bakal memiliki hoodie, figura ahli kumpulan BTS dan pelbagai lagi barangan istimewa BTS.

Sementara itu di ruangan komen, hantaran tersebut telah diserbu ribuan peminat kumpulan pop popular Korea Selatan itu.

Sehingga kini hantaran dibuat Hafiz telah menerima 143,000 tanda suka dan hampir 4,000 komen daripada pengikut.

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)